eMadani 2024 : Bantuan eWallet RM100 Untuk Rakyat Malaysia

eMadani : Rakyat Malaysia boleh menikmati bantuan Ewallet RM100 secara percuma sebelum tarikh akhir 29 Februari ini. Bantuan Ewallet ini adalah salah satu inisiatif khas yang dijalankan pada suku pertama tahun 2024 untuk membantu rakyat Malaysia.

eMADANI : Bantuan eWallet RM100

Kredit eMadani merupakan satu insentif bantuan ewallet sebanyak RM100 yang diberikan sekali sahaja oleh kerajaan perpaduan. Insentif ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.

Anda boleh mendapatkan kredit RM100 untuk digunakan melalui aplikasi edompet yang dipilih iaitu Touch N Go, Setel, MAE dan Shopeepay. Kredit ini hanya boleh ditebus oleh golongan dewasa yang layak melalui satu daripada aplikasi edompet tersebut. Sila ikuti langkah-langkah yang diberikan oleh aplikasi yang anda pilih untuk menuntut kredit anda.

Pada tahun ini, sekitar 10 juta rakyat Malaysia akan mendapat faedah daripada pemberian khas ini. Insentif tambahan ini bertujuan untuk meringankan beban rakyat dan menggalakkan penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai.

Syarat Kelayakan Kredit e-Wallet RM100 eMadani

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan:

  • Mestilah Warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023 ; dan
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ; atau
  • Pendapatan anda tidak melebihi RM100,000 setahun mengikut rekod LHDNM sehingga 15 Julai 2023.

Tarikh Tuntutan / Perbelanjaan

Tempoh pendaftaran dan penebusan adalah dari 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.

  • Tempoh tuntutan: 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024
  • Tempoh perbelanjaan: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2023

eMadani

Baca Juga:

Cara Permohonan & Penebusan eMadani

Untuk makluman, pendaftaran dan tuntutan kredit e-Wallet RM100 eMADANI akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.

Untuk menebus e-kredit, pengguna boleh memilih salah satu daripada empat aplikasi e-dompet yang ditawarkan. Aplikasi-aplikasi tersebut ialah:

  1. MAE
  2. ShopeePay
  3. Setel
  4. Touch n Go

Penggunaan kredit eMadani serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat ini HANYA BOLEH DIBELANJAKAN SECARA FIZIKAL SAHAJA sehingga 29 Februari 2024.

Sebelum anda boleh memohon kredit eMADANI, anda perlu melalui proses verifikasi identiti elektronik ‘Know-Your-Customer’ (eKYC) yang ditawarkan oleh penyedia e-dompet yang anda pilih. Ini adalah langkah penting untuk memastikan keselamatan dan ketelusan transaksi anda.

eMadani

CARA VERIFIKASI

Untuk pengguna baharu dan sedia ada, anda boleh melakukan verifikasi dengan menggunakan e-dompet daripada penyedia perkhidmatan yang terpilih.

  • Langkah 1: Sila muat turun aplikasi e-dompet terlibat di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
  • Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.
  • Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik ‘Know–Your–Customer’ (eKYC).
  • Langkah 4: Pada aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”.
  • Langkah 5: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.

Anda hanya boleh mendapat kredit eMADANI sekali sahaja daripada salah satu (1) penyedia e-dompet yang sah. Untuk maklumat lanjut tentang cara menukar kredit eMADANI, sila lihat aplikasi e-dompet anda.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:

  • MAE: 1300-88-6688 atau emel ke mgcc@maybank.com.my
  • Setel: Emel ke hello@setel.com atau klik di sini
  • ShopeePay: +603-2777 9222 atau klik di sini
  • Touch ‘n Go eWallet: +603-5022 3888 atau klik di sini

SUMBER : https://manfaat.mof.gov.my/e-MADANI