Gaji Pekerja Dinaikkan Mulai Tahun 2024

Gaji Pekerja Dinaikkan – KUALA LUMPUR: Menurut sumber, kerajaan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kenaikan gaji penjawat awam dan elaun pesara yang akan berkuat kuasa pada tahun 2024. Langkah ini diharap dapat membantu pemulihan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik.

Perkara itu sudah disemak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan dijangka akan dilaksanakan menjelang tahun depan, kata Menteri Komunikasi dan Digital yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil.

Gaji Pekerja Dinaikkan Bermula Tahun Hadapan

“Beberapa keputusan telah dibuat sebelum ini. Saya akan biarkan Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara, atau Perdana Menteri untuk mengumumkan keputusan-keputusan itu kelak.

“Tetapi dalam masa yang sama kerajaan juga sudah meluluskan kertas putih cadangan Dasar Gaji Progresif sebagai usaha meningkatkan pendapatan pekerja di sektor swasta,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Forum Alumni Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), di sini, hari ini.

Ekonomi Mula Rancak Dengan Pelbagai Pelaburan

Menurut Fahmi, dua aspek ini adalah kritikal kerana tahun depan merupakan fasa kritikal di mana ekonomi akan dipacu oleh pelbagai jenis pelaburan.

“Jadi banyak kerja-kerja yang akan bermula dan cabarannya pasti ada untuk memastikan pelaksanaan tidak terencat atau tergendala akibat proses,” katanya.

Menyentuh mengenai dakwaan kecekapan penjawat awam semakin berkurangan, beliau menafikan perkara itu memandangkan pelbagai isu boleh timbul

antaranya beberapa sistem tertentu perlu dinaik taraf bagi mengelakkan perkara itu berlaku.

Gaji Pekerja Dinaikkan

Baca Juga:

“Sekiranya terdapat isu bajet dan masa, individu yang bertanggungjawab perlu menilai di mana kecekapan dan intervensi boleh ditingkatkan dengan mengambil sedikit masa. Ini dapat membantu mengelakkan masalah pada masa depan.

“Sebagai contoh di kementerian saya juga pernah berlaku di mana projek tidak berjalan dengan lancer hingga menimbulkan persepsi buruk, tetapi sebenarnya sistem pemantauan perlu dipertingkatkan,” katanya.

Belanjawan 2024 : Gaji Dinaikkan RM300 – Mohon Cuepacs

Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata kenaikan gaji itu perlu diberikan.

Untuk mengurangkan beban kewangan penjawat awam akibat kos sara hidup yang meningkat, ianya diwujudkan sebagai bantuan.

Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam pada 2025 menuntut kesabaran sementara prosesnya berjalan.

“Kenaikan gaji sebanyak RM300 ini juga boleh meningkatkan gaji bersih (take-home pay)”

“serta memberi kelegaan kepada penjawat awam sementara menunggu tempoh sistem saraan baharu dilaksanakan pada 2025,” katanya dalam kenyataan tempoh ini.

Gaji Dinaikkan Bagi Meningkatkan Motivasi Penjawat Awam

Cuepacs faham keadaan kerajaan, namun penjawat awam juga perlukan bantuan kerajaan untuk tingkatkan semangat bekerja, kata Adnan.

Cuepacs juga meminta agar cukai pendapatan semua penjawat awam dikurangkan sekurang-kurangnya 30 peratus dalam belanjawan yang dibentangkan itu.

Untuk menambah nilai pencen penjawat awam, jumlah tahun perkhidmatan yang digunakan dalam pengiraan pencen akan dinaikkan sehingga 35 tahun.

Gaji Pekerja Dinaikkan

“Ketika ini, pengiraan pencen penjawat awam adalah terhad kepada terhad kepada 360 bulan atau 30 tahun tempoh perkhidmatan.

“Pencen bulanan untuk mereka yang berkhidmat lebih daripada 30 tahun dikira dengan mengambil 60 peratus atau 3/5 daripada gaji pokok akhir mereka.

Situasi ini akan mengakibatkan mereka yang berkhidmat lebih daripada 30 tahun

tidak dapat menikmati jumlah maksimum pencen berdasarkan perkhidmatan mereka,” katanya.

SUMBER : BERITA HARIAN & BERNAMA