Info Terkini Pengeluaran Khas Wang KWSP 2.0 – Perdana Menteri

Pengeluaran Khas Wang KWSP. Anda boleh mengeluarkan wang KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi, pendidikan, perumahan, haji, kesihatan dan lain-lain. Anda juga boleh memilih untuk melakukan pengeluaran sebahagian atau penuh apabila anda mencapai umur 55 atau 60 tahun.

Ini adalah sebahagian daripada polisi KWSP yang membolehkan pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan anda untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan. Namun begitu, anda perlu mengetahui bahawa terdapat syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi untuk setiap jenis pengeluaran.

Ini berbeza dengan tuntutan Pemuda UMNO yang mahukan pengeluaran KWSP secara bersasar tanpa mengira syarat.

Pengeluaran Khas Wang KWSP Bersasar Akaun 2 Untuk Tujuan Peribadi

Berikut anda boleh semak butiran termasuk jenis pengeluaran, borang permohonan, cara memohon duit pengeluaran wang KWSP akaun 2 untuk peribadi 2023.

1) Pembayaran Ibadah Haji

Untuk mengurangkan bebanan anda menunaikan haji, untuk perbelanjaan haji dan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji, anda boleh membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun dan duit daripada akaun anda akan dikeluarkan.

Pengeluaran Khas Wang KWSP

2) Pembayaran Rawatan Perubatan

Anda boleh mengeluarkan wang dari akaun 2 jika anda mengalami masalah kesihatan atau salah satu daripada 36 penyakit kritikal. Pengeluaran ini boleh digunakan untuk menanggung kos perubatan anda dan membeli alat kesihatan yang diperlukan.

Baca Juga:

3) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah

Pihak KWSP memberi kemudahan untuk membantu ahlinya memiliki rumah pertama sendiri.

Anda boleh memiliki rumah anda sendiri dengan beberapa cara. Antara pilihan yang ada ialah membina rumah sendiri mengikut citarasa anda, membeli rumah subsale yang sudah siap dibina, membeli rumah lelong yang dijual dengan harga murah, atau memohon rumah mesra rakyat 2023 yang disediakan oleh kerajaan.

Pengeluaran Khas Wang KWSP

4) Pengeluaran KWSP Untuk Pendidikan

Bagi yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan Universiti.

KWSP memberikan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak anda jika kemudahan Pinjaman PTPTN tidak mencukupi.

Kami mengharapkan bahawa pengeluaran ini yang telah diberi kebenaran dapat memberikan sedikit bantuan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam keadaan kesusahan.