Jadual Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Bank Penerima Dikeluarkan

JADUAL BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3

Jadual Bayaran STR Fasa 3. Bayaran bantuan STR Fasa 3 akan dibuat lebih awal kepada penerima yang menggunakan akaun BSN, manakala penerima yang menggunakan institusi perbankan lain akan menerima bayaran kemudian.

Penerima Bayaran Fasa 3 ialah mereka yang menerima Fasa 1 & 2 dan telah disahkan tidak meninggal dunia bersama pasangan sehingga 28 Februari, menurut LHDN.

Penerima STR yang layak dan bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, boleh membuat permohonan baharu dan kemaskini STR. Bayaran akan dibuat pada Fasa 3 untuk mereka.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan, akan mengumumkan secara berperingkat bayaran Fasa 3 berkenaan.

Pada awal bulan Julai 2023, Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-3 dijangka akan dibayar. Namun, Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini telah mengumkan bahawa tarikh pembayaran STR Fasa 3 ini akan diawalkan bermula pada Jun 2023.

Baca Juga:

KATEGORI & AMAUN BAYARAN STR FASA 3

Untuk STR Fasa 3, jumlah pembayaran yang perlu dibuat adalah seperti berikut:

Jadual Bayaran STR

Jadual Bayaran STR

SEMAKAN STATUS STR

  • Mulai Jun 2023, anda boleh menyemak status pembayaran STR anda.
  • Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.

JADUAL BAYARAN STR FASA 3

Jadual Bayaran STR

KATEGORI KELAYAKAN STR

Isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang adalah kategori yang layak bagi STR buat setakat ini.

Data BKM 2022 menentukan penerima STR Fasa 1 ini. Jika anda belum menerima bantuan sebelum ini dan ingin memohon, permohonan baru akan dibuka kelak.

MAKLUMAT LANJUT JADUAL BAYARAN STR

Anda perlu mengingati kata laluan dan menjawab soalan keselamatan dengan betul untuk mengakses ID MySTR anda. Anda hanya mempunyai 3 percubaan untuk setiap soalan keselamatan. Jika anda gagal dalam 3 percubaan, ID MySTR anda akan disekat selama 24 jam sebelum anda boleh mencuba semula.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/