JADUAL BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3
Jadual Bayaran STR. Bayaran bantuan STR Fasa 3 akan dibuat lebih awal kepada penerima yang menggunakan platform BSN, manakala penerima yang menggunakan institusi perbankan lain akan menerima bayaran kemudian.
Penerima Bayaran Fasa 3 ialah mereka yang menerima Fasa 1 & 2 dan telah disahkan tidak meninggal dunia sebagai pemohon atau pasangan sehingga 28 Februari, menurut LHDN.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.
Baca Juga:
- Gaji Minimum Dinaikkan Sehingga RM1,800 Sebulan
- Tenaga Nasional Berhad (TNB) Malaysia Buka Jawatan Kosong Terkini
KATEGORI & AMAUN BAYARAN STR FASA 3
Berikut adalah jumlah pembayaran bagi STR Fasa 3 :
TARIKH BAYARAN STR FASA 3
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan secara berperingkat bayaran Fasa 3 berkenaan. Ini adalah pengumuman yang dinanti-nantikan oleh rakyat.
Manakala jangkaan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-3 adalah pada awal bulan Julai 2023.
SEMAKAN STATUS STR
- Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai 5 April 2023.
- Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.
JADUAL BAYARAN STR FASA 3
KATEGORI KELAYAKAN STR
Isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang adalah kategori yang layak menerima STR buat setakat ini.
Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.
MAKLUMAT LANJUT JADUAL BAYARAN STR
Anda perlu mengingati kata laluan anda dan menjawab soalan keselamatan dengan betul. Jika tidak, ID MySTR anda akan terkunci selepas tiga percubaan yang salah. Anda hanya boleh mencuba semula selepas sehari.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/