JKM 2022: Permohonan Bantuan Warga Emas RM500

Terdapat satu berita baik bagi seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan kerana pihak kerajaan menerusi belanjawan 2021 yang lalu telah mengumumkan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua yang mana kadar bantuan bakal dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi individu yang telah berdaftar dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan untuk makluman, bantuan ini masih lagi diteruskan sehingga Tahun 2022.

Syarat Kelayakan Permohonan

Kepada individu atau warga emas yang ingin melakukan permohonan bantuan ini, anda hendaklah mematuhi segala syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Individu pemohon mestilah seorang warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Individu mestilah orang tua ataupun warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan individu isi rumah mestilah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Individu warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian atau berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma atau
  • Mana-mana kes yang berkeperluan atau layak dipertimbangkan dengan kelulusan pihak KPKM.

IKUTI TELEGRAM RASMI : https://t.me/mybernama

Cara Melakukan Permohonan

Sila ikuti langkah seperti yang berikut sebelum melakukan permohonan:

  • Untuk memohon, sila layari pautan berikut ebantuanjkm
  • Klik pada butang daftar permohonan.
  • Sila masukkan nama negeri tempat tinggal dan nombor kad pengenalan individu pemohon.
  • Setelah selesai, sila klik butang daftar.
  • Dalam tempoh masa 14 hari, individu pemohon sila hadirkan diri anda ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal anda. Senarai direktori pejabat anda boleh rujuk DI SINI

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah merupakan senarai dokumen yang diperlukan sebelum anda melakukan sebarang permohonan:

  • Sila bawa salinan kad pengenalan individu pemohon.
  • Sila bawa salinan kad pengenalan diri suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
  • Sila bawa salinan sijil kelahiran anak-anak atau ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Sila bawa salinan penyata gaji (jika ada).
  • Lain-lain dokumen yang dirasakan perlu serta berkaitan.

Maklumat Lanjut

Bagi sebarang maklumat serta pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) secara terus di alamat:

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18,No. 55 Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
  • No. Tel : 03-80008000