Kerajaan Benarkan Pengeluaran KWSP Sebelum Mac 2023

PETALING JAYA: Sebelum sesi persekolahan 2023/2024 bermula pada bulan Mac, Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menyeru kerajaan untuk meluluskan pengeluaran caruman KWSP secara bersasar.

Presidennya, Azmi Mohd. Tahir berkata, ini kerana kebanyakan pencarum tiada pilihan susulan keadaan yang memaksa menjadi faktor utama mereka menuntut pengeluaran berkenaan.

Pengeluaran KWSP Kerana Keadaan Memaksa

Kami ingin memberi penjelasan bahawa kami telah mengadakan beberapa sesi dialog dengan pencarum yang menghadapi kesulitan dan tekanan. (Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kami mendapati bahawa hampir kesemua pencarum yang ditemui bukanlah mereka bergantung harap sepenuhnya pada wang KWSP semata-mata.

“Tetapi keadaan memaksa, maka tiada pilihan lain selepas pencarum sangat terkesan dan terbelenggu dengan kos sara hidup yang terus meningkat dan menekan hidup mereka.

Baca Juga:

Pendapatan & Pekerjaan Yang Kini Tidak Stabil

“Satu demi satu harga barangan naik dan ini tidak dapat menampung kelangsungan hidup rakyat atau pencarum.

Pekerjaan yang tidak stabil dan pendapatan yang tidak seimbang adalah faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini.

“Justeru dengan hanya satu jalan terakhir, adalah dengan membenarkan pengeluaran kecemasan KWSP ini secara bersasar.

Kenyataan itu menyatakan bahawa pengeluaran ini bertujuan untuk memastikan pencarum dapat meneruskan kehidupan mereka.

Pengeluaran KWSP

PGRIM Membawa Suara Rakyat Malaysia Yang Memerlukan

PGRIM sebelum ini membawa suara lebih 300,000 pencarum bagi menuntut pengeluaran caruman KWSP secara bersasar.

Dalam fasa peralihan ke endemik ketika ini, hal ini penting untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Bagaimanapun, Perdana Menteri dalam satu majlis di Kangar, Perlis sebelum ini, dilaporkan berkata, kerajaan perlu mempertimbang nasib dan masa depan pencarum KWSP sebelum membenarkan sekali lagi pengeluaran bersasar itu.

Azmi menambah bahawa PGRIM tidak akan berhenti menuntut dan mencari penyelesaian bagi memastikan pengeluaran kecemasan KWSP dapat dilaksanakan secepat mungkin.

“Kami sudah tiada daya lagi cara bagaimana untuk mendesak supaya pengeluaran kecemasan secara bersasar ini direalisasikan.

Sebagai sebuah NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia, kami tidak akan berhenti menuntut keadilan.

“Pencarum memerlukan wang simpanan titik peluh mereka sekarang,” ujarnya.

SUMBER : Utusan Malaysia