Kerajaan Benarkan Pengeluaran KWSP Untuk Tiga Juta Pencarum

Benarkan Pengeluaran KWSP 2.0. KUALA LUMPUR: Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIR) meminta kerajaan meluluskan pengeluaran KWSP 2.0

Hanya tiga juta pencarum yang mengalami kesan teruk akan mendapat manfaat daripada pengeluaran ini.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihaknya, Presiden PGIR, Azmi Mohd Tahir, memberitahu bahawa senarai pencarum menunjukkan angka tertentu.

Katanya, sebelum ini, kerajaan membenarkan pengeluaran caruman kepada tujuh juta pencarum.

Bagaimanapun, belum ada bukti daripada kajian agensi-agensi yang menunjukkan bahawa semua pencarum yang mendapat bantuan itu memang dalam keadaan kesusahan.

Benarkan Pengeluaran KWSP 2.0 Bersasar

“Tuntutan kami kali ini bersasar sebab kita tak mahu lihat perbelanjaan tidak terkawal.

Jangan gunakan simpanan KWSP anda untuk membelanjakan wang tanpa perancangan. Ini akan menjejaskan kewangan anda pada masa depan. Anda perlu mengelakkan pengeluaran KWSP yang tidak perlu dan tidak terkesan oleh godaan untuk ‘berjoli’.

Berdasarkan analisis data senarai pencarum yang telah di lakukan, kami mengesyorkan agar tiga juta pencarum layak mendapat kelulusan.

“Setakat ini, PGIR juga menerima laporan dan aduan seramai 320,000 pencarum terkesan.

Baca Juga:

Borang aduan PGIR adalah sumber tunggal untuk mendapatkan jumlah ini.

Dan ianya belum mengambil kira jumlah sebenar pencarum di luar yang betul-betul terkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Global Human Rights Federation (GHRF), bagi memperjuangkan tuntutan KWSP bersasar 2.0.

Bantulah Rakyat Dengan Benarkan Pengeluaran KWSP 2.0

“Kami merayu dan berharap Perdana Menteri serta kerajaan baharu ini, membenarkan pengeluaran KWSP.

“Bantulah rakyat dan kasihani mereka. Kami menerima banyak aduan yang berdepan kesempitan hidup.

Kerana terjerat dengan masalah kewangan, ada yang mengalami keretakan dalam institusi keluarga. Ada pula yang terpaksa menghadapi risiko rumah dilelong oleh bank atau dikejar oleh Ah Long.

“Sehingga hari ini sebenarnya, masih ramai lagi rakyat yang dibuang kerja dan ada juga sampai hari ini tak dapat pekerjaan tetap. Ada yang terpaksa kerja cuci pinggan, walhal sebelum ini mempunyai pekerjaan yang bagus,” katanya.

Kerajaan Akan Meluluskan Permohonan Pengeluaran KWSP

Mengulas lanjut, Azmi yakin kerajaan akan meluluskan permohonan itu bagi memastikan kelangsungan hidup golongan terkesan.

Selain daripada PGIR, wakil rakyat di Dewan Rakyat dan NGO-NGO turut menyokong tuntutan tersebut.

Selain itu, beliau berkata, menerusi kerjasama dengan GHRF, PGIR akan membawa empat usul tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 mengikut kategori dan keperluan.

Antaranya, beliau berkata, suri rumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak aktif lagi mencarum dibenar mengeluarkan semua simpanan bagi menyara kelangsungan hidup.

Benarkan Pengeluaran KWSP 2.0

Dia juga berkata, mereka yang pernah bekerja di sektor swasta tetapi telah hilang pekerjaan dan tidak lagi mencarum adalah antara yang layak mendapat bantuan ini.

Seterusnya, berhenti sukarela, baru berhenti dan tidak mempunyai pekerjaan tetap kerana faktor usia dan kesihatan, juga perlu dibenarkan mengeluarkan semua simpanan persaraan mereka.

Untuk pencarum yang masih aktif, mereka boleh mengeluarkan 30 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka jika mereka berusia 54 tahun ke bawah dan mempunyai lebih daripada RM20,000 dalam akaun tersebut.

Usul keempat, katanya, pencarum yang masih aktif mencarum, mempunyai baki simpanan Akaun 1 RM19,999.99 dan ke bawah, boleh mengeluarkan keseluruhan simpanan dan meninggalkan baki sebanyak RM200 dalam Akaun 1 dan 2.

SUMBER: Berita Harian