KWSP : Pengeluaran Minimum Sebanyak RM3,000 Dibenarkan

KWSP : Pengeluaran Minimum Sebanyak RM3,000 – Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) telah dilancarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membantu ahli yang terjejas oleh pandemik Covid-19.

Melalui program ini, ahli KWSP boleh mengeluarkan sebahagian daripada simpanan mereka di Akaun 2. Sehingga kini, lebih 4 juta ahli KWSP telah memanfaatkan program FSA2 ini.

Anda boleh mengeluarkan wang dari akaun KWSP anda melalui FSA2. Jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah antara RM3,000 hingga RM50,000.

KWSP : Pengeluaran Minimum Sebanyak RM3,000

Ahli yang ingin membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun boleh menggunakan FSA2. FSA2 adalah satu kemudahan yang membantu ahli mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Ahli boleh memohon pembiayaan peribadi dari institusi perbankan dengan menggunakan simpanan dalam akaun 2. Pengeluaran simpanan akan dibuat terus kepada institusi perbankan apabila ahli mencapai umur 50 atau 55 tahun, bergantung kepada pilihan ahli. Permohonan ini hanya berkenaan dengan simpanan dalam akaun 2.

Pada masa yang sama, ahli perlu membayar ansuran bulanan sepertimana yang ditetapkan oleh institusi perbankan.

KWSP : Pengeluaran Minimum

Baca Juga:

Amaun Kelayakan Pengeluaran Simpanan

Untuk makluman, anda boleh mengeluarkan sebahagian daripada simpanan Akaun 2 anda mengikut syarat-syarat tertentu. Jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah seperti berikut:

KWSP : Pengeluaran Minimum

Syarat Pengeluaran Simpanan

Berikut dikongsikan syarat untuk membuat pengeluaran:

  • Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun boleh memohon (dengan syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang terlibat) adalah layak untuk melakukan pengeluaran.
  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Permohonan adalah sekali sahaja
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
  • Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam akaun 2
  • Untuk pengeluaran bersyarat, anda boleh mengeluarkan sehingga RM50,000 daripada akaun 2 anda, bergantung kepada jumlah pembiayaan peribadi yang anda dapat daripada bank. Amaun ini adalah had maksimum yang dibenarkan.

KWSP : Pengeluaran Minimum

KWSP : Pengeluaran Minimum Sebanyak RM3000

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli:

  • Langkah 1: Melakukan semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.
  • Langkah 2: Melakukan permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.
  • Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

4 Juta Pencarum Akan Mendapat Manfaat Melalui Pengeluaran Simpanan

Bagi ahli-ahli di bawah 55 tahun yang memenuhi syarat, kemudahan ini akan memberikan manfaat kepada lebih daripada 4 juta orang.

Institusi perbankan akan mengenakan kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (islamik) yang dijangka berada dalam lingkungan 4% hingga 5% setahun.

Kadar ini jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang lain.

Pencarum Boleh Membuat Pengeluaran Sehingga RM50,000

Anda boleh memohon pembiayaan dari RM3,000 hingga RM50,000 bergantung kepada jumlah simpanan yang ada di Akaun 2 KWSP anda. Pembiayaan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh bank yang anda pilih.

Memandangkan jumlah caruman dalam Akaun 2 hanyalah sokongan, pembiayaan ini tidak bercanggah dengan peruntukan Akta KWSP.

Setakat 31 Januari 2023, seramai 1.89 juta ahli berumur antara 40 tahun hingga bawah 55 tahun atau 38% yang mempunyai simpanan di dalam akaun 1 sebanyak RM10,000 ke bawah.

Untuk memastikan kesejahteraan kumpulan ini pada masa depan, mereka perlu mengembalikan tahap simpanan yang mencukupi. Ini kerana tabungan adalah aset penting untuk menampung keperluan hidup apabila sudah tidak bekerja lagi.

Maklumat Lanjut KWSP : Pengeluaran Minimum Sebanyak RM3000

Sebarang maklumat lanjut berkaitan FSA2 boleh diperolehi melalui saluran berikut: