KWSP Umumkan Berita Gembira Untuk Semua Pencarum 2024

KWSP Umumkan Berita Gembira untuk semua pencarum bagi tahun 2024 dengan menyediakan pelbagai alternatif kemudahan dan pengeluaran.

Rakyat dimaklumkan bahawa pelbagai kemudahan baru akan diperkenalkan pada tahun ini untuk memberi faedah kepada mereka. Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

KWSP UMUMKAN BERITA GEMBIRA (AKAUN FLEKSIBEL)

Untuk membantu para ahli KWSP menghadapi situasi kecemasan dan keperluan, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan memperkenalkan akaun 3 bermula bulan April 2024. Akaun 3 adalah akaun simpanan khas yang memberi kelebihan kepada para ahli KWSP untuk mengakses simpanan mereka dengan mudah apabila diperlukan.

Akaun ketiga yang bakal diperkenalkan ini akan memberikan lebih banyak alternatif kepada mereka yang ingin menguruskan simpanan mereka dengan lebih efisien dan tanpa mengurangkan pendapatan. Kami akan memberitahu anda tentang semua maklumat lanjut mengenai akaun fleksibel ini pada masa akan datang.

KWSP Umumkan Berita Gembira

Baca Juga:

KWSP UMUMKAN BERITA GEMBIRA (SSPN)

SSPN adalah skim simpanan pendidikan yang dilancarkan oleh kerajaan untuk membantu para pencarum menabung bagi pendidikan anak-anak mereka. Skim ini menawarkan pelbagai faedah kepada pencarum, seperti potongan cukai dan dividen tahunan. SSPN bertujuan untuk menggalakkan budaya menabung dan menyediakan dana pendidikan yang mencukupi.

PENGELUARAN KWSP UNTUK TUJUAN (PERUMAHAN)

Bagi mereka yang tidak mengetahui, ahli KWSP boleh mengeluarkan simpanan mereka untuk keperluan perumahan seperti membeli rumah, membina rumah dan melangsaikan hutang rumah.

Ahli KWSP dapat mengubah suai dana di dalam akaun KWSP mereka untuk digunakan sebagai deposit bagi pembelian rumah pertama. Inisiatif ini memberi kelebihan kepada ahli untuk mendapatkan pembiayaan perumahan dengan kadar faedah yang lebih murah.

PENGELUARAN FSA2 KWSP SEHINGGA RM50,000

Pada bulan April 2023, KWSP telah melancarkan FSA2 fasa 1 yang merupakan pengeluaran khas bersyarat untuk ahli yang layak. Ahli boleh memohon untuk mengeluarkan sejumlah wang daripada akaun mereka, dengan syarat minimum RM3,000 dan maksimum RM50,000, sekali sahaja dan diteruskan sehingga kini.

Tujuan skim FSA2 diperkenalkan ialah untuk membolehkan ahli KWSP mendapat pinjaman peribadi daripada bank-bank tertentu. Bank-bank yang terlibat dalam fasa pertama (1) skim ini ialah CIMB Bank, Bank Simpanan Nasional dan MBSB.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kemudahan yang ditawarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, anda boleh melawat laman web rasmi KWSP 2024 – DI SINI. Laman web ini menyediakan maklumat lengkap dan terperinci mengenai perkhidmatan dan manfaat yang boleh dinikmati oleh ahli KWSP.