LIMA Fakta Menarik Dari Tempat Di Seluruh Dunia, Ini Sejarah Yang Ramai Tak Tahu…

Penularan wabak pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai daripada kita yang terpaksa untuk melupakan segala hasrat ingin bercuti bersama keluarga bukan? Namun, jika kita lihat pada hari ini semakin ramai masyarakat ataupun ahli keluarga yang membawa keluarga mereka pergi melawat serta bercuti ke tempat-tempat yang menarik. Kalau korang tak tahu nak kemana, korang boleh tengok cadangan lima fakta menarik daripada tempat di seluruh dunia.

1. Mongolia merupakan tempat yang mempunyai kepadatan penduduk terendah di dunia…

Mongolia merupakan sebuah negara yang luas dan dikelilingi daratan. Keluasan negaranya adalah dari Rusia di sebelah utara hinggalah ke Cina di sebelah selatan. Meskipun ia bukanlah negara yang terbesar di dunia mengikut saiz, namun ianya boleh dirasakan sedemikian adalah kerana Mongolia mempunyai kepadatan penduduk paling rendah di dunia, di mana daripada beberapa kawasan di Mongolia tidak mustahil untuk kita tidak bertemu dengan orang lain untuk sekian lama dek kerana kepadatan penduduknya yang sangat rendah untuk saiz negara tersebut. Dengan landskap yang berbeza-beza dan dramatik, termasuk kawasan pergunungan, penara pada tahap ketinggian yang berbeza, padang rumput menghijau dan kawasan rumput di gurun yang gersang, bahkan terkadang di suatu kawasan Mongolia bilangan kuda lebih ramai berbanding bilangan manusia.

 

2. Oymyakon Rusia merupakan tempat yang paling sejuk di dunia yang mempunyai penduduk…

Lembah Oymyakon di Yakutia atau digelar ‘The Pole of Cold’ itu terletak di timur laut Rusia. Di tempat tersebut, suhu dapat mencecah sehingga -70℃ di mana jelas ia begitu sejuk, sehinggakan alkohol juga boleh membeku di kawasan tersebut. Walaupun begitu, berbekalkan kemudahan moden yang tidak seberapa tersedia, perkampungan yang kelihatannya tidak sesuai untuk dihuni ini adalah tempat tinggal bagi 500 penduduk Siberia dengan pekerjaan tradisional seperti mengembala rusa, memburu dan memancing. Aktiviti pelancongan juga kian popular di kalangan mereka yang berani untuk mengharungi keadaan yang mencabar iaitu sejuk yang melampau untuk manusia.

3. Denmark dinobatkan negara paling bersih di dunia…

Denmark dikenali sebagai tempat yang menawan, mempunyai kebudayaan yang menarik serta kopi yang enak yang membuatkan negara itu memukau. Tambahan lagi, negara tersebut kini menjadi perintis global bagi alam persekitaran kerana ia dinilai sebagai negara paling bersih di dunia oleh Environmental Performance Index (EPI) bagi tahun 2021. Hal ini disebabkan minda dan sikap ke hadapan rakyat Denmark mengenai alam persekitaran di mana mereka menganggap ianya sebahagian daripada kehidupan tempatan sehari-hari. Seperti contoh bangunan CopenHill yang terkini di bandar tersebut. Ia adalah loji tenaga buangan yang memproses sampah-sampah bandar tersebut kepada haba dan kuasa, namun ia juga mempunyai lereng ‘dry ski’ yang dibina di bumbungnya, hal ini merupakan perbuatan yang “eco friendly”.

4. Central Park di New York merupakan tempat popular di dunia bagi lokasi shooting…

Central Park sangat dikenali sebagai tempat bagi penduduk New York untuk melarikan diri daripada hiruk-pikuk Manhattan, yang mengelilingi taman tersebut. Oleh kerana ia adalah taman awam Amerika pertama yang dilengkapi dengan kawasan rumput, monumen, arca, pelbagai jambatan, burung-burung yang berhijrah dan juga taman haiwan, ia menjadikan tempat ini sangat menarik dan cantik, oleh sebab itu ianya menjadi tarikan bagi pelbagai pilihan untuk peninjau lokasi penggambaran yang mahir. Sebagai contoh, filem Romeo dan Juliet (1908) merupakan filem pertama yang menunjukkan suasana Central Park di lensa televisyen dan banyak lagi filem yang melakukan penggambaran di sana.

5. Galesnjak Croatia merupakan pulau berbentuk hati yang paling sempurna…

Walaupun terdapat beberapa pulau berbentuk hati di seantero dunia, namun Galesnjak di Croatia telah dinobatkan sebagai pulau yang paling sempurna di kalangan semua pulau-pulau tersebut di dunia ini. Pulau ini tidak berpenghuni pada satu ketika dahulu, akan tetapi kerja-kerja kini sedang giat dilakukan untuk menjadikannya sebuah destinasi percutian romantik yang tidak boleh dilupakan oleh pelancong. Ianya tidak lama lagi akan menjadi tempat bagi majlis perkahwinan dan berbulan madu yang menarik.