Pembayaran STR Fasa 3 Akan Dikreditkan Secara Berperingkat

PEMBAYARAN STR FASA 3

Pembayaran STR Fasa 3. Bantuan tunai STR ini akan dibuat secara jumlah 4 fasa iaitu pada bulan Januari, April, Julai dan November 2023 oleh pihak kerajaan. Untuk makluman anda, pembayaran STR fasa pertama dan kedua telah diberikan dengan selesai.

Bantuan STR fasa 3 melibatkan kategori utama iaitu bujang, warga emas dan isi rumah (berkeluarga). Kadar bayaran bantuan kali ini adalah lebih tinggi daripada dua fasa sebelumnya, iaitu sehingga RM800.

Baca Juga:

TARIKH BAYARAN & SEMAKAN STATUS STR

Kerajaan telah mengumumkan secara rasmi jadual pembayaran berperingkat yang akan bermula pada bulan Julai 2023 sebagai pengetahuan umum. Anda boleh mendapatkan bayaran tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat jika anda tidak mempunyai kad bank, sama seperti fasa sebelumnya.

Pembayaran STR Fasa 3

Sekiranya anda seorang penerima STR yang sedia ada, anda kini mempunyai kemudahan untuk menyemak status kemaskini STR anda secara online. Anda hanya perlu mengunjungi laman web MySTR yang rasmi – DI SINI.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 MENGIKUT KATEGORI

Kategori kelayakan yang berbeza akan menerima jumlah yang berlainan pada fasa ketiga. Kadar bayaran untuk setiap kategori adalah seperti yang ditunjukkan di bawah ini:

KATEGORI WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM200 seorang

KATEGORI BUJANG (21 – 59 TAHUN / TIADA PASANGAN)

  • RM150 seorang

ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN DIBAWAH RM2,500)

  • Tiada anak : RM300
  • Mempunyai 1-2 orang anak : RM400
  • Mempunyai 3-4 orang anak : RM600
  • Mempunyai 5 dan lebih anak : RM800

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN DI BAWAH RM5,000)

  • Tiada anak : Tiada bayaran (RM0)
  • Mempunyai 1-2 orang anak : RM150
  • Mempunyai 3-4 orang anak : RM200
  • Mempunyai 5 dan lebih anak : RM250

INISIATIF STR TAMBAHAN RM600

  • Dengan menggunakan data ekasih, kategori isi rumah berstatus miskin kronik berhak menerima bantuan bakul dan baucar makanan pokok. Jumlah bantuan ini ialah RM600.

MAKLUMAT LANJUT PEMBAYARAN STR FASA 3

Untuk meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif sepanjang tahun ini. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.