PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah. Anda boleh menyemak status kelayakan anda di Portal Rasmi STR secara atas talian (online) jika anda telah mengisi atau mengemas kini permohonan anda sebelum ini.
Bayaran bantuan STR Fasa 3 akan diterima lebih awal oleh penerima yang menggunakan platform BSN, berbanding dengan penerima yang menggunakan institusi perbankan lain. Ini adalah berdasarkan laporan mengenai penerimaan bantuan STR Fasa 3 yang menggunakan platform institusi Bank Simpanan Nasional (BSN).
LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 3 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 & 2 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Bagi mereka yang tidak menerima Fasa 1 dan Fasa 2 STR, permohonan baharu dan kemaskini boleh dibuat. Bayaran Fasa 3 akan dibuat kepada penerima STR yang layak.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Perbadanan Hal Ehwal Angkatan Tentera (PERHEBAT)
- Jabatan Bomba & Penyelamat Buka Pengambilan Kekosongan Jawatan Terkini
KATEGORI & AMAUN BAYARAN STR FASA 3
Berikut adalah jumlah pembayaran bagi STR Fasa 3 :
SEMAKAN STATUS STR
- Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai 5 April 2023.
- Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.
KATEGORI KELAYAKAN STR
Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.
Data BKM 2022 menunjukkan penerima STR Fasa 1. Jika anda belum menerima sebelum ini dan ingin memohon, permohonan baru akan dibuka kelak. Anda perlu menunggu sehingga pengumuman rasmi dibuat.
TARIKH BAYARAN STR FASA 3
Pengumuman berkenaan bayaran Fasa 3 akan diumumkan secara berperingkat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-3 dijangka akan dibayar pada awal bulan Julai 2023.
MAKLUMAT LANJUT PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Untuk mendapatkan khidmat bantuan lebih lanjut, sila hubungi cawangan LHDNM yang berdekatan atau telefon ke talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/