Pencarum KWSP Boleh Keluarkan Wang Sehingga RM50,000 – PM

Pencarum KWSP. PARLIMEN : Fasiliti Sokongan Akaun 2 boleh dimanfaatkan oleh lebih 4 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak.

Hal ini adalah untuk membuat pinjaman sebanyak RM3,000 hingga RM50,000 daripada institusi perbankan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam teks ucapannya di Dewan Negara memaklumkan bagi tujuan program ini, fasiliti pembiayaan patuh Syariah juga disediakan oleh institusi perbankan dan ia tidak melibatkan sebarang unsur-unsur riba.

Pencarum KWSP 4 Juta Bakal Mendapat Manfaat

Lebih daripada 4 juta ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun dan layak akan mendapat manfaat daripada fasiliti ini. Institusi perbankan akan mengenakan kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) antara 4% hingga 5% setahun.Kadar ini adalah jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang dikenakan pada sekitar 8% hingga 15%.

Pencarum KWSP

Rakyat Melakukan Pengeluaran Kerana Keperluan Mendesak

Pengeluaran sewaktu Pandemik yang dibuat sebelum ini memang untuk keperluan mendesak, dan kita semua faham. Kini, tidak wajar untuk masih membenarkan pengeluaran khas dana simpanan persaraan rakyat. Negara seperti Australia, Peru dan Chile yang membenarkan pengeluaran simpanan persaraan pada 2020 dan 2021, sudah tidak lagi diteruskan tahun lalu.

Baca Juga:

Pencarum KWSP Boleh Mengeluarkan RM3,000 – RM50,000

Baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP menentukan jumlah pembiayaan minimum dan maksimum yang boleh diperoleh. Jumlah pembiayaan minimum ialah RM3,000 manakala jumlah pembiayaan maksimum ialah RM50,000.

Pembiayaan ini adalah selaras dengan peruntukan Akta KWSP kerana jumlah caruman dalam Akaun 2 hanya berfungsi sebagai sokongan. Pihak bank juga telah menetapkan terma dan syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon.

Jelasnya lagi, setakat 31 Januari 2023, seramai 1.89 juta ahli berumur antara 40 tahun hingga bawah 55 tahun atau 38% yang mempunyai simpanan di dalam Akaun 1 sebanyak RM10 ribu dan ke bawah. Maka sebab itu penting untuk membina semula tabungan bagi kumpulan ini agar punyai simpanan mencukupi untuk hari tua nanti.

SUMBER : BuletinTV3