Pengeluaran Khas KWSP Sebelum Aidilfitri Sehingga RM30,000

KUALA LUMPUR: Dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan terjejas sekiranya desakan pengeluaran khas dipenuhi.

Memetik laporan Berita Harian, Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) dan Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) memberitahu, ia berikutan berjuta caruman lagi masuk setiap bulan dalam tabungan agensi terbabit.

Pengeluaran Khas

Desak Pengeluaran KWSP Kali Ini

Pertubuhan bukan kerajaan yang sinonim mendesak pengeluaran KWSP ini, mempunyai sebab kukuh mendesak kerajaan meluluskan pengeluaran kali ini.

Presiden 4PM, Rosland Mohd Arif berkata, pengeluaran itu seharusnya dibenarkan berikutan ia membabitkan simpanan milik pencarum sendiri.

Katanya, dengan kesempitan hidup mungkin ada antara pencarum tidak sempat menikmati persaraan hari tua.

Memandangkan pada masa sekarang jumlah yang terkesan semakin ramai, ada yang diisytihar bankrap dan mengakhirinya dengan bunuh diri.

Baca Juga:

“Kami tidak melihat angka RM145 bilion yang dikeluarkan oleh KWSP semasa pandemik sebagai sesuatu yang penting.”

Hal ini kerana pelbagai penyelesaian dana diseleweng, negara kita masih lagi berduit, tiada kakitangan tidak bergaji atau sebagainya.

Rakyat Sangat Memerlukan Pengeluaran KWSP

Beliau berkata kepada portal arus perdana bahawa KWSP sukar membenarkan pengeluaran kerana berjuta pencarum masih melabur dalam dana persaraan itu. Beliau juga menyoal soal pengeluaran saki baki simpanan yang diperlukan oleh mereka yang benar-benar memerlukannya.

KWSP sebelum ini mendedahkan pihaknya terlepas peluang mengembangkan aktiviti pelaburannya.

Pengeluaran Khas

Susulan pengeluaran RM145 bilion oleh 8.1 juta ahlinya menerusi empat siri kemudahan pengeluaran ketika pandemik Covid-19.

Menurut laporan, Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, menyatakan bahawa portfolio pelaburan pengurus dana persaraan itu tidak terjejas oleh pengeluaran RM145 bilion. Walau bagaimanapun, beliau tidak menafikan bahawa pengeluaran tersebut mempunyai kesan kepada keadaan kewangan KWSP.

Ini kerana katanya, prestasi pelaburan KWSP dan pemberian dividen lebih dipengaruhi oleh perkembangan yang berlaku dalam pasaran global dan domestik, yang mana masih kekal mencabar dan tidak menentu.

Desak Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 hingga RM30,000 Secara ‘One-Off’

Berikutan empat siri pengeluaran sebelum ini, beberapa pihak terus mendesak kerajaan agar membenarkan pengeluaran simpanan KWSP.

Pengeluaran antara RM10,000 hingga RM30,000 secara ‘one-off’ bagi meringankan kos sara hidup rakyat.

Mengulas lanjut, Presiden 4PM Rosland berkata, penjelasan yang diberikan KWSP yang tidak mahu membenarkan pengeluaran menunjukkan agensi itu seolah-olah ada kepentingan tersembunyi, mengecewakan kerana tuntutan itu dibuat mengeluarkan simpanan pencarum sendiri.

“KWSP seolah-olah tidak melihat realiti yang terjadi seperti rakyat menderita tanpa meletakkan diri dalam situasi sebenar dengan penjelasan itu.”

“Lagipun ia bukan dana kerajaan, mahu menunggu hari tua untuk mengeluarkannya, mungkin tidak sampai usia itu kerana mereka meninggal dunia, ditimpa musibah, kita tidak tahu,” katanya.

Tuntutan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 hingga RM30,000 Secara ‘One-Off’

Tuntutan pengeluaran RM10,000 hingga RM30,000 ‘one off’ tidak akan mengganggu pelaburan KWSP.

Untuk mempertimbangkan pengeluaran khas KWSP, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Perdana Menteri memohon masa yang diperlukan.

“Kami berharap Kerajaan Perpaduan dan Malaysia Madani berhasil mencari satu formula dan resolusi terbaik bagaimana caruman KWSP boleh diluluskan.

“Besar harapan pencarum supaya tabungan itu boleh dikeluarkan selepas pembayaran dividen selewat-lewatnya pada Mac atau sebelum Ramadan atau Aidilfitri,” ujarnya.

SUMBER : Suara Sarawak