Pengeluaran KWSP 2.0 Untuk Tiga Juta Pencarum Dibenarkan

Pengeluaran KWSP 2.0. KUALA LUMPUR: PGIR (Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat) mendesak kerajaan untuk meluluskan permohonan pengeluaran KWSP 2.0 bagi membantu pencarum yang terjejas akibat pandemik Covid-19 . Pengeluaran KWSP 2.0 adalah satu inisiatif yang dicadangkan oleh PGIR untuk membolehkan pencarum mengeluarkan sebahagian daripada baki Akaun 1 mereka.

Pengeluaran ini hanya bersasar kepada tiga juta pencarum yang benar-benar terkesan.

Presiden PGIR, Azmi Mohd Tahir, berkata angka itu diperoleh berdasarkan kajian senarai pencarum yang dijalankan pihaknya.

Katanya, sebelum ini, kerajaan membenarkan pengeluaran caruman kepada tujuh juta pencarum.

Namun tiada mana-mana agensi yang membuat kajian, yang dapat membuktikan semua itu adalah pencarum yang betul-betul susah.

Benarkan Pengeluaran KWSP 2.0 Bersasar

“Kami menuntut dengan sebab yang jelas kerana kami tidak bersetuju dengan perbelanjaan yang melampau.”

Di samping mengelakkan pencarum tak terkesan, ambil kesempatan mengeluarkan simpanan KWSP untuk ‘berjoli’.

“Daripada kajian senarai pencarum, kami mencadangkan kelulusan diberi kepada tiga juta pencarum.

“Setakat ini, PGIR juga menerima laporan dan aduan seramai 320,000 pencarum terkesan.

Baca Juga:

Jumlah ini hanya diperoleh daripada borang aduan dibuat PGIR

Dan ianya belum mengambil kira jumlah sebenar pencarum di luar yang betul-betul terkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Global Human Rights Federation (GHRF), bagi memperjuangkan tuntutan KWSP bersasar 2.0.

Kerajaan Akan Meluluskan Permohonan Pengeluaran KWSP

Mengulas lanjut, Azmi yakin kerajaan akan meluluskan permohonan itu bagi memastikan kelangsungan hidup golongan terkesan.

Ditambah tuntutan PGIR disokong pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dan wakil rakyat di Dewan Rakyat.

Beliau juga menyatakan bahawa PGIR akan bekerjasama dengan GHRF untuk membentangkan empat usul berkenaan pengeluaran KWSP 2.0 yang berbeza mengikut kategori dan kehendak masing-masing.

Antaranya, beliau berkata, suri rumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak aktif lagi mencarum dibenar mengeluarkan semua simpanan bagi menyara kelangsungan hidup.

Pengeluaran KWSP 2.0

Selain itu, katanya, bekas pekerja swasta yang tidak lagi mencarum kerana diberhentikan kerja.

Seterusnya, berhenti sukarela, baru berhenti dan tidak mempunyai pekerjaan tetap kerana faktor usia dan kesihatan, juga perlu dibenarkan mengeluarkan semua simpanan persaraan mereka.

Untuk pencarum yang masih aktif, mereka boleh mengeluarkan 30 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka jika mereka berusia 54 tahun ke bawah dan mempunyai lebih daripada RM20,000 dalam akaun tersebut.

Usul keempat, katanya, pencarum yang masih aktif mencarum, mempunyai baki simpanan Akaun 1 RM19,999.99 dan ke bawah, boleh mengeluarkan keseluruhan simpanan dan meninggalkan baki sebanyak RM200 dalam Akaun 1 dan 2.

Bantulah Rakyat Dengan Benarkan Pengeluaran KWSP 2.0

“Kami merayu dan berharap Perdana Menteri serta kerajaan baharu ini, membenarkan pengeluaran KWSP.

Berikan sokongan kepada rakyat dan tunjukkan belas kasihan. Kami mendengar banyak suara yang mengalami kesukaran hidup.

Sehingga mengundang keruntuhan institusi keluarga, ada juga yang rumah terpaksa dilelong, dikejar bank dan Ah Long.

“Sehingga hari ini sebenarnya, masih ramai lagi rakyat yang dibuang kerja dan ada juga sampai hari ini tak dapat pekerjaan tetap. Ada yang terpaksa kerja cuci pinggan, walhal sebelum ini mempunyai pekerjaan yang bagus,” katanya.

SUMBER: Berita Harian