Pengeluaran KWSP Akaun 1 Dibenarkan Bermula Hari Ini

Pengeluaran KWSP Akaun 1 Dibenarkan Bermula Tahun Ini. Pengeluaran Simpanan KWSP terbahagi kepada dua iaitu melalui Akaun 1 dan Akaun 2.

Untuk makluman, hanya Akaun 1 sahaja yang akan membenarkan pengeluaran secara penuh manakala Akaun 2 hanya akan meluluskan pengeluaran sebahagian simpanan berdasarkan kelayakan yang ditetapkan.

BERUMUR 55 TAHUN – KWSP AKAUN 1

Ahli yang telah mencapai umur 55 tahun kini diberi kebenaran untuk mengeluarkan keseluruhan simpanan mereka. Ini kerana Akaun 1 dan Akaun 2 akan disatukan menjadi satu Akaun 55.

Bagi pencarum yang memutuskan untuk meneruskan pekerjaan selepas berumur 55 tahun, segala caruman yang diterima setelah itu akan dimasukkan ke dalam Akaun Emas. Akaun ini merupakan simpanan khas yang boleh dicairkan setelah mencapai usia 60 tahun.

Pengeluaran KWSP Akaun 1

Artikel Popular:

PEKERJA BERPENCEN

Bagi para Pekerja Berpencen / Persaraan Pilihan, mereka boleh membuat pengeluaran penuh.

Pekerja berpencen didefinisikan sebagai pekerja yang telah ditempatkan dalam jawatan mengikut mana-mana undang-undang bertulis.

Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri, serta badan berkuasa berkanun atau tempatan, adalah entiti yang menawarkan perjawatan berpencen.

HILANG UPAYA

Ahli KWSP yang disahkan hilang upaya oleh pegawai perubatan berhak untuk membuat pengeluaran keseluruhan simpanan mereka. Selain itu, mereka juga berhak menerima bantuan sebanyak RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk mengurangkan beban yang dihadapi.

Pengeluaran KWSP Akaun 1

MENINGGALKAN NEGARA

Ahli yang telah melepas atau melucutkan taraf kewarganegaraan mereka untuk berhijrah ke negara lain mempunyai pilihan untuk mengeluarkan kesemua simpanan mereka dari KWSP.

KEMATIAN

Dalam situasi di mana seorang ahli KWSP telah meninggal dunia, waris terdekat berhak untuk membuat tuntutan bagi pengeluaran keseluruhan simpanan yang ditinggalkan. Untuk itu, KWSP menyarankan agar setiap ahli menetapkan penamaan waris untuk mempercepatkan proses tuntutan tersebut.

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, permohonan pengeluaran penuh KWSP ini boleh dibuat secara atas talian (online)

di Sistem i-Akaun KWSP atau secara manual di cawangan-cawangan KWSP berdekat.

MAKLUMAT LANJUT PENGELUARAN KWSP AKAUN 1

Untuk maklumat lanjut berkaitan proses pengeluaran beserta dokumen yang diperlukan, rujuk maklumat terkini dari laman web KWSP di pautan berikut https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals