Pengeluaran KWSP Bersyarat Yang Dibenarkan Pada Bulan Mac

Pengeluaran KWSP Bersyarat secara bersasar nampaknya tidak diluluskan oleh pihak kerajaan sehingga hari ini. Ia turut tidak dibentangkan pada Belanjawan 2023 lalu.

Untuk bulan Mac ini, anda boleh membuat pengeluaran KWSP secara bersyarat yang tertentu. Maklumat lanjut mengenai syarat-syarat dan cara-cara pengeluaran boleh didapati di bawah.

1. MENCAPAI UMUR 55 TAHUN

Apabila anda berumur 55 tahun atau lebih, anda boleh mengeluarkan semua simpanan Akaun 1 dan 2 KWSP anda. Anda masih boleh bekerja selepas usia 55 tahun, tetapi caruman baru anda akan dimasukkan ke dalam Akaun Emas. Anda hanya boleh mengakses Akaun Emas ini apabila anda berumur 60 tahun kelak.

Pengeluaran KWSP Bersyarat

2. KEHILANGAN UPAYA

Jika anda hilang upaya, anda boleh keluarkan semua simpanan KWSP anda selepas pegawai perubatan mengesahkan keadaan anda. Selain itu, anda juga berhak menerima RM 5,000 daripada KWSP sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk membantu anda menghadapi kesukaran.

Baca Juga: 

3. PEKERJA BERPENCEN

Bagi Pekerja Berpencen / Persaraan Pilihan, mereka boleh membuat pengeluaran penuh. Definisi pekerja berpencen adalah pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam perjawatan berpencen oleh kerajaan Malaysia ataupun kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanunun atau tempatan.

4. MENINGGALKAN NEGARA

Pencarum yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia mereka bagi berhijrah ke negara lain boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanan mereka di KWSP.

5. KEMATIAN

Untuk membolehkan waris terdekat mendapat pengeluaran penuh KWSP mereka jika pencarum meninggal dunia, pihak KWSP menasihati para ahlinya supaya membuat penamaan. Langkah ini akan mempercepatkan proses pengeluaran selepas kematian.

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, permohonan pengeluaran penuh KWSP ini boleh dibuat secara online di Sistem I-AKAUN 1 KWSP atau SECARA MANUAL di cawangan-cawangan KWSP berdekatan.

MAKLUMAT LANJUT PENGELUARAN KWSP BERSYARAT

Maklumat lengkap dan terkini mengenai Pengeluaran KWSP Bersyarat  ini boleh disemak melalui portal rasmi KWSP – DI SINI.