Pengeluaran KWSP Diluluskan Sebelum Aidilfitri Bagi Yang Layak

Pengeluaran KWSP Diluluskan. Daripada orang ramai, Pemuda UMNO mendapat banyak permintaan untuk menyuarakan pengeluaran KWSP secara bersasar.

Anda mungkin sudah tahu bahawa anda boleh mengeluarkan wang dari akaun KWSP anda untuk pelbagai tujuan. Namun, adakah anda sedar bahawa terdapat pelbagai jenis pengeluaran yang ditawarkan oleh KWSP, asalkan anda memenuhi syarat-syarat tertentu?

Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran wang KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.

Pengeluaran Khas Wang KWSP Bersasar Akaun 2

Untuk membuat pengeluaran wang dari akaun 2 KWSP anda pada tahun 2023, anda perlu mengetahui beberapa perkara. Pertama, anda perlu menentukan jenis pengeluaran yang sesuai dengan keperluan anda. Kedua, anda perlu mengisi borang permohonan yang betul dan melengkapkan dokumen sokongan yang diperlukan. Ketiga, anda perlu menghantar permohonan anda melalui kaedah yang ditetapkan oleh KWSP, sama ada secara dalam talian atau di kaunter. Di bawah ini kami akan terangkan lebih lanjut mengenai butiran-butiran ini.

1) Pembayaran Ibadah Haji

Untuk mengurangkan bebanan anda menunaikan haji, duit daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.

2) Pembayaran Rawatan Perubatan

Kos perubatan dan alat kesihatan untuk masalah kesihatan dan 36 penyakit kritikal boleh ditampung dengan pengeluaran pada akaun 2 jika anda menghadapinya.

Baca Juga:

3) Pengeluaran KWSP Diluluskan Untuk Pembelian Rumah

Untuk membantu ahlinya memiliki rumah pertama sendiri, pihak KWSP menawarkan kemudahan yang boleh dimanfaatkan.

Sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, membeli rumah subsale, rumah lelong, atau beli melalui Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022.

4) Pengeluaran KWSP Diluluskan Untuk Pendidikan

Bagi yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan Universiti.

Anda boleh memohon pengeluaran EPF daripada KWSP jika anda memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran anak anda. Ini adalah salah satu pilihan dan kemudahan yang disediakan oleh KWSP untuk membantu anda menanggung kos pengajian yang mungkin melebihi jumlah Pinjaman PTPTN.

Semoga dengan pengeluaran yang dibenarkan ini dapat membantu serba sedikit rakyat Malaysia yang sangat memerlukan.