Permohonan Bantuan RM300 Untuk Bayi Yang Baru Lahir

Adakah anda tahu bahawa di bawah Bajet 2022 kerajaan negeri yang telah diumumkan, pihak kerajaan akan memberikan insentif sebanyak RM300 kepada semua golongan ibu bapa yang mempunyai anak yang baru lahir.

Tujuan program ini diadakan bagi membantu meringankan beban ibu bapa yang memerlukan duit untuk pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu bersalin semasa berpantang.

JUMLAH BANTUAN DISALURKAN

Untuk pengetahuan anda, pihak kerajaan negeri Pahang telah melancarkan program Anak Kebanggaan Pahang 2023 (Pahang Pride Kid 2023) dan terbuka kepada semua orang untuk melakukan permohonan bagi bantuan RM300 ini. Menurut YAB Menteri Besar Pahang, tujuan lain program ini diadakan adalah untuk menggalakkan lagi kadar kelahiran di negeri ini yang boleh dikatakan masih lagi pada tahap rendah.

SAGUHATI DIBERIKAN UNTUK SETIAP KELAHIRAN

Sebagai makluman, setiap bayi yang dilahirkan di negeri Pahang bermula daripada tahun 2022 untuk menerima saguhati di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang. Pemberian ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban keluarga melakukan simpanan dan barangan penjagaan bayi serta ibu semasa mereka sedang berpantang.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut ataupun sebarang pertanyaan mengenai bantuan yang diberikan ini, anda boleh melayari laman web rasmi Portal Kerajaan Negeri Pahang atau hubungi talian di 09-512 6600.

SUMBER: Sinar Harian