Permohonan Bantuan Tambahan Khas RM2,500 Dibuka Mac Ini

Bantuan Tambahan Khas. Bantuan kewangan yang berbeza-beza diberikan oleh kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri.

Salah satu daripada bantuan kewangan yang kerajaan persekutuan salurkan adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 sebanyak RM 2,500.

BANTUAN KEWANGAN RM 2,500

Sumbangan Tunai Rahmah adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada penerima dalam empat fasa. Bantuan ini akan dimasukkan ke dalam akaun penerima secara kredit.

Mengambil peduli kebajikan rakyat adalah salah satu daripada tanggungjawab kerajaan.

Baca Juga:

JUMLAH BANTUAN KEWANGAN

Bantuan kewangan RM 2,500 daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) hanya diberikan kepada kategori tertentu yang layak. Kategori yang tidak layak tidak akan menerima bantuan ini.

Ini adalah jumlah penuh bantuan bagi tahun 2023 mengikut kelayakan masing-masing

KATEGORI ISI RUMAH

BERPENDAPATAN RM 0 – RM 2,500

  • 0 Anak – RM 1,000
  • 1-2 Anak – RM 1,500
  • 3-4 Anak – RM 2,000
  • 5 ke atas – RM 2,500

BERPENDAPATAN RM 2,501 – RM 5,000

  • 0 Anak – RM 500
  • 1-2 Anak – RM 650
  • 3-4 Anak – RM 1,000
  • 5 ke atas – RM 1,250

Bantuan Tambahan Khas

WARGA EMAS SEBATANG KARA – 60 TAHUN KE ATAS

  • RM 600

BUJANG 21-59 TAHUN (RM 0 – RM 2,500)

  • RM 350

BUJANG OKU 19-59 TAHUN (RM 0 – RM 2,500)

  • RM 350

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2

Perdana Menteri telah mengumumkan sumbangan untuk isi rumah berpendapatan rendah dalam Belanjawan 2023. Isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan boleh mendapat sumbangan sehingga RM2,500 setahun, bergantung kepada bilangan anak yang mereka ada.

Bagi membantu isi rumah termiskin yang tergolong dalam Sumbangan Tunai Rahmah, kerajaan telah mengumumkan sumbangan tambahan sebanyak RM600 bagi setiap isi rumah berdasarkan data e-Kasih.

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga barangan makanan asas bernilai RM600

Ini bermakna keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN TAMBAHAN KHAS

Bantuan boleh dimohon mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2023. Ini adalah tempoh permohonan yang ditetapkan.

Bagi mereka yang belum pernah mendapat sebarang bantuan kewangan daripada kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah, Bantuan Keluarga Malaysia dan sebagainya, mereka layak untuk memohon program ini.

Bagi penerima sedia ada, anda tidak perlu membuat permohonan baharu. Tetapi sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, anda boleh membuat kemaskini sebelum 31 Mac ini.

SEMAKAN STATUS

Semakan status STR Fasa 2 boleh dibuat menerusi laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/

PROSES PEMBAYARAN BANTUAN TAMBAHAN KHAS

  • Ada Akaun – Pengkreditan ke akaun secara berperingkat
  • Tiada Akauan – Penuanian di cawangan BSN

MAKLUMAT LANJUT BANTUAN TAMBAHAN KHAS

Maklumat lanjut mengenai pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/