Permohonan Pengeluaran KWSP RM50,000 Masih Dibuka

Permohonan Pengeluaran KWSP – Untuk makluman, terdapat pelbagai jenis bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Bantuan tersebut diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memberikan kebenaran pengeluaran bersyarat melalui sebuah fasiliti yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2).

Berikut adalah maklumat lanjut berkaitan fasiliti tersebut.

PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP

Pihak KWSP telah memperkenalkan sebuah kemudahan atau program yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2).

Melalui fasiliti ini, para ahli KWSP boleh membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun bagi membantu mereka mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Permohonan Pengeluaran KWSP

Baca Juga:

Pemohon akan mengambil kira simpanan yang ada dalam Akaun 2 mereka sebelum mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan terlibat.

Setelah permohonan diluluskan, pembayaran pengeluaran tersebut akan dilakukan kepada pihak institusi perbankan apabila ahli mencapai usia 50 tahun hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Bantuan ini terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
  • Pemohon merupakan Warganegara Malaysia
  • Permohonan dilakukan adalah sekali sahaja
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
  • Jumlah simpanan maksimum RM3,000 dalam Akan 2 KWSP
  • Amaun maksimum bağı pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam akaun 2 (tertakluk kupada aman pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan)

Permohonan Pengeluaran KWSP

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP

Untuk ahli yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui institusi perbankan terlibat.

Untuk makluman, terdapat dua institusi perbankan yang memberikan perkhidmatan fasiliti berkenaan iaitu MBSB Bank Berhad dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Berikut adalah cara untuk melakukan permohonan:

  • Langkah 1 : Pemohon perlu membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian
  • Langkah 2 : Melakukan permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut kepada terma dan smart yang telah ditetapkan
  • Langkah 3 : Pemohon Perlu mengemukakan permohonan awal pengeluaran bersyarat bagi umur 50 tahun dan 55 tahun dengen KWSP.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan bantuan ini, anda boleh rujuk DI SINI