RASMI : Bantuan Tambahan RM100 Sebulan Untuk Penerima STR

Rasmi : Bantuan Tambahan RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam mykad penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bermula Januari 2024.

Pada tahun ini, kerajaan perpaduan telah melancarkan inisiatif khas ini sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan pengetahuan umum dalam kalangan rakyat.

RASMI : BANTUAN TAMBAHAN RM100 (BULANAN)

Dalam Belanjawan 2024, kerajaan perpaduan telah menetapkan insentif berupa Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan diberikan kepada penerima STR. Penerima STR tidak perlu mengemukakan permohonan untuk mendapatkan bantuan tambahan ini kerana ia akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun mereka.

Insentif istimewa yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah/ STR akan diteruskan pada tahun hadapan. Ini melibatkan kira-kira 700,000 penerima yang terdiri daripada pelbagai kategori. Pada tahun lalu, hanya kategori miskin tegar yang layak menerima insentif ini. Namun, kerajaan telah mengambil kira keadaan semasa dan bersetuju untuk meluaskan manfaat ini kepada semua kategori pada tahun 2024.

RASMI : Bantuan Tambahan RM100

Baca Juga:

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM100

Untuk mendapatkan bantuan tambahan SARA 2024, pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Syarat-syarat kelayakan tersebut adalah seperti berikut:

  • Merupakan Warganegara Malaysia sahaja
  • Penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Mestilah berada dalam kategori bujang, warga emas, isi rumah dan isi rumah miskin tegar

KADAR RASMI BANTUAN TAMBAHAN (SARA)

Untuk mengelakkan penyalahgunaan dan penipuan, insentif tambahan SARA akan dibayar melalui ewallet dan bukan tunai. Jumlah bantuan yang diterima oleh setiap kategori penerima adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:

  • STR (Miskin tegar) : RM1,200
  • STR (Miskin) : RM1,200
  • STR (Isi rumah) : RM300
  • STR (Bujang) : RM150

Berdasarkan data e-kasih dan JKM, kategori baharu ini membolehkan penerima kategori miskin dan miskin tegar mendapat bayaran RM100 sebulan selama 12 bulan, bermula pada Januari 2024. Penerima kategori lain akan diberitahu kemudian tentang pengagihan ini.

RASMI : Bantuan Tambahan RM100

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN

Jika anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah, kalian boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif khas ini secara online. Untuk semakan, sila layari laman rasmi MyKasih SARA – DI SINI

Untuk mereka yang layak, amaun tersebut boleh digunakan dengan cara belanja untuk barangan keperluan asas di mana-mana pasaraya berdaftar.

MAKLUMAT LANJUT

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.