RASMI : Bayaran BKM Tambahan RM500 Disalurkan Bermula Hari Ini – Semak Sekarang!

Untuk makluman anda, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah merupakan sebuah bantuan kerajaan yang mana ianya lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi tujuan membantu meringankan beban golongan rakyat yang berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan dalam bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada semua isi rumah golongan B40 & M40, warga emas dan golongan bujang.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dilakukan secara berperingkat yang mana ianya akan melibatkan 4 fasa dalam setahun. Kadar bayaran bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori semua penerima bantuan. Selain itu, pihak kerajaan juga turut menyediakan bayaran bagi BKM Tambahan kepada beberapa kategori yang layak.

Kategori yang mana akan menerima bayaran BKM Tambahan dan bilakah tarikh bayaran BKM Tambahan? Sila ikuti segala perkongsian di bawah ini untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan bayaran BKM Tambahan.

Senarai Kadar Tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Berikut adalah merupakan kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 yang akan diberikan kepada isi rumah seperti yang berikut:

  • Tambahan bantuan sebanyak RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak dan menepati syarat atau;
  • Tambahan bantuan sebanyak RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus warga emas yang mempunyai anak dan menepati syarat.

Cara Semak Kelayakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Tambahan

Terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan bagi tujuan semakan kelayakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Tambahan antaranya ialah anda boleh melakukan semakan secara online melalui laman khas BKM. Berikut adalah merupakan cara melakukan semakan kelayakan BKM Tambahan:

  • Anda boleh melakukan semakan melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
  • Kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan klik perkataan semak.
  • Sila sahkan kata kunci keselamatan anda dan kemudian klik YA jika betul.
  • Sila masukkan kata laluan yang telah didaftarkan sebelum ini kemudian klik log masuk.
  • Klik semakan status bagi tujuan semakan permohonan.
  • Status permohonan beserta dengan jumlah bayaran bantuan diluluskan atau dipaparkan.

Sekiranya tiada maklumat BKM Tambahan dipaparkan di laman semakan anda, ini bermaksud anda tidak layak untuk menerima bagi bayaran BKM Tambahan.

Tarikh Pembayaran BKM Tambahan

Berikut adalah merupakan tarikh pembayaran bagi BKM Tambahan untuk para penerima yang layak:

  • Fasa 1 : 28 Mac 2022
  • Fasa 2 : 27 Jun 2022 (Pengkreditan dijalankan sehingga Julai 2022)
  • Fasa 3 : September 2022
  • Fasa 4 : Disember 2022

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tambahan, anda boleh rujuk di laman www.bkm.hasil.gov.my. Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi di talian BKK LHDNM 1-800-88-2747