RASMI : Pengeluaran Khas Wang KWSP 2.0 Tuntutan Kali Terakhir – Semak Sekarang!

Terdapat masih ramai di antara kita yang menharapkan agar Pengeluaran Khas KWSP untuk dilakukan sekali lagi. Hal ini adalah disebabkan bebanan hidup serta kenaikan harga barangan yang berlaku di negara kita pada ketika ini.

Mungkin terdapat beberapa individu yang setuju dan ada juga individu yang menolaknya. Namun, ianya terpulang kepada diri individu masing-masing.

Petisyen Pengeluaran Khas Wang KWSP 2.0

Untuk pengetahuan anda, terdapat sebuah petisyen yang telah dilancarkan bagi tujuan mendapatkan sokongan daripada rakyat Malaysia yang menginginkan Pengeluaran Khas Wang KWSP 2.0 dilaksanakan bagi individu yang memerlukan.

Setakat 21 Julai 2022, terdapat sekitar 150,000 orang telah menandatangani petisyen berikut. Kempen pengeluaran khas wang KWSP 2.0 ini telah dilancarkan secara organik oleh rakyat Malaysia tanpa penglibatan daripada mana-mana orang berkepentingan serta parti politik.

Jika dilihat daripada situasi ini, jelas lah bahawa majoriti golongan rakyat Malaysia sangat memerlukan langkah tersebut untuk direalisasikan bagi tujuan melangsungkan kehidupan harian mereka yang sangat terkesan dengan keadaan ekonomi di negara kita pada hari ini.

PETISYEN PENGELUARAN WANG KWSP 2.0

Di dalam sebuah Telegram, terdapat sekitar 200 orang rakyat Malaysia telah berkumpul dalam sebuah channel banyak memberikan informasi berkaitan bantuan kerajaan serta jawatan kosong yang terdapat di Malaysia.

JOIN TELEGRAM DI SINI

Cara Melakukan Semakan Baki Akaun 1 KWSP

Berikut adalah merupakan cara untuk melakukan semakan baki akaun 1 KWSP milik anda:

  • Sila log masuk ke i-Akaun menerusi laman https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  • Selepas anda login dengan kata laluan baru, anda boleh terus melakukan semakan pada penyata anda.
  • Untuk melakukan semakan baki Akaun 1 KWSP milik anda, sila terus klik pada pautan ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya’.
  • Baki akaun simpanan akaun 1 dan akaun 2 KWSP milik anda akan dipaparkan.
  • Anda boleh cetak sekiranya anda rasa ianya diperlukan.