RASMI : Pengeluaran Wang KWSP 2023 Diluluskan Secara Bersyarat!

Pengeluaran KWSP 2023. Pemuda UMNO mendakwa bahawa ramai orang meminta mereka untuk menuntut pengeluaran KWSP secara bersasar. KWSP ialah Kumpulan Wang Simpanan Khas yang menyediakan pelbagai jenis pengeluaran untuk ahli-ahlinya yang memenuhi syarat tertentu. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang pengeluaran KWSP di laman web rasmi mereka.

Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran wang KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.

Pengeluaran Khas Wang KWSP Bersasar Akaun 2 Untuk Tujuan Peribadi

Berikut anda boleh semak butiran termasuk jenis pengeluaran, borang permohonan, cara memohon duit pengeluaran wang KWSP akaun 2 untuk peribadi 2023

1) Pembayaran Ibadah Haji

Untuk mengurangkan bebanan anda menunaikan haji, duit daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.

Pengeluaran KWSP 2023

2) Pembayaran Rawatan Perubatan

Anda boleh mengeluarkan wang dari akaun 2 jika anda menghadapi masalah kesihatan dan 36 penyakit kritikal yang memerlukan kos perubatan dan alat kesihatan.

Baca Juga:

3) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah

Pihak KWSP memberi kemudahan untuk membantu ahlinya memiliki rumah pertama sendiri.

Sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, membeli rumah subsale, rumah lelong, atau beli melalui Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022.

Pengeluaran KWSP 2023

4) Pengeluaran KWSP Untuk Pendidikan

Bagi yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan Universiti.

KWSP memberikan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak anda jika kemudahan Pinjaman PTPTN tidak mencukupi.

Kami berharap bahawa pengeluaran ini yang telah diberi kebenaran dapat memberikan sedikit bantuan kepada rakyat Malaysia yang amat memerlukan.