Rumah Mesra Rakyat 2023 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Rumah Mesra Rakyat 2023 : Syarat Kelayakan dan Cara Mohon. Skim Rumah Mesra Rakyat 2023 (RMR) adalah satu inisiatif yang ditawarkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF INC).

Skim ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah yang selesa dan berkualiti.

Menurut Dasar Perumahan Negara, SPNB berada di bawah naungan kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) yang bertanggungjawab untuk menyediakan rumah berkualiti, mampan dan berpatutan ( rumah mesra rakyat 2023 ) kepada semua keluarga di Malaysia.

Berikut dikongsikan maklumat lengkap mengenai Rumah Mesra Rakyat 2023.

BANTUAN RUMAH MESRA RAKYAT 2023

RMR adalah satu inisiatif untuk memberi bantuan kepada mereka yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak memiliki rumah / atau tinggal di rumah yang rosak tetapi memiliki tanah untuk membina rumah sendiri yang lengkap dan nyaman.

Subsidi pembinaan sebanyak RM20,000 akan diberikan sebagai bantuan untuk membina rumah. Rumah yang dibina perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan seperti berikut.

CIRI-CIRI RUMAH MESRA RAKYAT 2023

Untuk setiap lokasi, harga RMR berbeza-beza tetapi reka bentuk rumahnya adalah seragam, iaitu sebuah rumah setingkat yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Jadual di bawah menunjukkan harga RMR mengikut lokasi:

Rumah Mesra Rakyat

Keluasan RUMAH 750 KPS (SEMENANJUNG)

  • Harga: RM75,000
  • Subsidi Pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM55,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 TAHUN): RM300

Baca Juga:

Saiz Keluasan Rumah 750 KPS (PULAU DI SEMENANJUNG)

  • Harga: RM85,000
  • Subsidi Pinjaman: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: : RM65,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 TAHUN): RM350

Rumah Mesra Rakyat

Keluasan Rumah 750 KPS (SABAH/SARAWAK/LABUAN)

  • Harga: RM75,000 – RM106,000
  • Subsidi Pembinaan: RM20,000
  • Jumlah Pinjaman: RM55,000 – RM86,500
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 TAHUN): RM300 – RM470

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RUMAH MESRA RAKYAT 2023

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk memohon Bantuan ini:

  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memilki rumah sendiri/memiliki rumah usang/tidak sempurna
  • Tapak/Tanah bersesuaian dan bebas daripada gadaian /bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah,pemohon mestilah mendapatkan kebenaran pemilik
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)

PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT 2023

Secara Online

  • Layari laman web SPNB di pautan berikut:
  • https://rmr.spnbonline.com.my/
  • https://spnb.com.my/
  • Klik pendaftaran baru dan isi borang dengan lengkap
  • Setelah itu,ID Login dan kata laluan akan dihantar ke emel yang didaftar
  • Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
  • Lengkapkan borang yang dikehendaki
  • Selesai isi borang, Klik “SELESAI PENDAFTARAN” dan Cetak borang
  • Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke pejabat SPNB/cawangan SPNB yang berdekatan

Secara Borang

Untuk mendapatkan borang permohonan, sila ke cawangan SPNB yang berdekatan. Selepas mengisi borang dan melengkapkan dokumen sokongan, sila hantar semula kepada SPNB untuk diproses.

Dokumen yang diperlukan

Untuk memohon Rumah Mesra Rakyat 2023, anda perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut bersama borang permohonan yang telah dilengkapkan:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jka berkaitan)
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari pejabat tanah yang terbaru
  5. Slip gaji terkini (3 bulan)/Surat akuan sumpah pendpatan/ Surat pengesahan pendpatan pemohon/ Pemohon kedua
  6. Surat akaun sumpah / Surat pengesahan tidak memiliki rumah / memiliki rumah yang usang
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar

Jika bekerja sendiri

  1. Penyata bank 3 bulan terkini
  2. Pendaftaran Perniagaan (SSM)
  3. Dokumen sokongan tambahan (jika ada)

NOTA:

  • Surat pengesahan pendapatan/ tidak emiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan
    melalui penghulu ketua kampung/ pegawai profesional kelas A.
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari
    semasa ke semasa.

SEMAKAN RUMAH MESRA RAKYAT 2023

Permohonan anda akan diproses dalam masa 3 bulan. Keputusan kelulusan bergantung kepada peruntukkan kewangan tahunan yang ada.

Perjanjian pembinaan rumah ini melibatkan tempoh 18 bulan dari tarikh tapak kosong diserahkan dan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

TANGGUNGJAWAB PEMOHON

  • Mengisi dan melengkapi borang permohonan
  • Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  • Menyediakan sumber bekalan elektrik dan air
  • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  • Membuat pinjaman kepada bank/ Institusi kewangan jika perlu

MAKLUMAT LANJUT

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad

Tingkat 8, Wisma Perkeso

Jalan Tun Razak

50400 Kuala Lumpur

Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)

Emel: aduan@spnb.com.my

SENARAI CAWANGAN RUMAH MESRA RAKYAT 2023

Cawangan Kedah

No. 28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah

Telefon: 04-4500375 / 04-4500376

Faks: 04-4500379

Emel: spnb_semeling@spnb.com.my

Cawangan Melaka

No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.

Telefon: 06-3369751 / 06-3369752

Faks: 06-3369753

Emel: spnb_melaka@spnb.com.my

Cawangan Negeri Sembilan

No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2

Height, 70300

Seremban, Negeri Sembilan

Telefon: 06-601 4498 / 06-6-1 4350

Faks: 06-601 3507

Cawangan Terengganu

No. K-5, Ruang Niaga Semarak Felda, Kompleks Felda Wilayah Terengganu,

Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu

Telefon: 09-6660010 / 09-6660054

Faks: 09-6627312

Emel: spnb_kualaterangganu@spnb.com.my

Cawangan Perak

No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya,

30200 Ipoh, Perak.

Tel: 05-5264188 / 05-5263876

Faks: 05-5264319

E-mail: spnb_ipoh@spnb.com.my

Cawangan Pahang

A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.

Tel: 09-573 3222

Faks: 09-573 3666

E-mail: spnb_pahang@spnb.com.my

Cawangan Johor

Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor

Bahru, Johor.

Tel: 07-2259900 / 07-2259911

Faks: 07-2223233

E-mail: spnb_plentong@spnb.com.my

Cawangan Kelantan

No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir

Puteh, Kelantan.

Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545

Faks: 09-7885545

E-mail: spnb_koklanas@spnb.com.my

Cawangan Sarawak

Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan

Tun Abdul Rahman Yaakub,

93050 Kuching, Sarawak.

Tel: 082-230032 / 082-240032

Faks: 082-230055

E-mail: spnb_kuching@spnb.com.my

Cawangan Sabah

Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208

Tuaran, Sabah.

Tel: 088-791610 / 088-791612

Faks: 088-791613

E-mail: spnb_melalin@spnb.com.my