Rumah PPR 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan Terkini

Rumah PPR 2024 atau projek Perumahan Rakyat merupakan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi menempatkan semula kawasan setinggan dan memenuhi keperluan perumahan rakyat berpendapatan rendah dengan selesa.

Projek Rumah PPR di seluruh Malaysia dikendalikan oleh Kementerian Perumahan dan Lembaga Perumahan Negara, yang merupakan agensi penyelaras utama di bawah kerajaan pusat.

Permohonan Rumah PPR 2024

Untuk memenuhi keperluan perumahan rakyat berpendapatan rendah, kerajaan telah menyediakan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang terdiri daripada dua kategori. Kategori pertama ialah Sewa PPR yang menyediakan rumah sewa dengan kadar rendah kepada golongan yang layak. Kategori kedua ialah Pemilikan Rumah PPR yang membolehkan golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri dengan harga berpatutan.

Projek PPR (Disewakan)

Tujuan program penyewaan PPR yang diperkenalkan pada Februari 2002 adalah untuk memberikan kemudahan perumahan kepada golongan yang memerlukan, khususnya golongan berpendapatan rendah dan B40. Golongan ini boleh menyewa unit Rumah PPR dengan kadar RM124.00 sebulan yang berpatutan.

Projek PPR (Dimiliki)

  • Nilai seunit rumah (Kawasan semenanjung) : RM35,000
  • Nilai seunit rumah (Sabah dan Sarawak) : RM42,000

Rumah PPR 2024

Baca Juga:

Ciri-Ciri & Reka Bentuk

Reka bentuk dan ciri-ciri perumahan PPR yang dibina mempunyai beberapa aspek, antaranya ialah:

  • Jenis rumah bertingkat (Apartment) antara 6 hingga 18 tingkat (Kawasan bandar besar)
  • Keluasan ruangan : 1 ruang tamu, 1 ruang dapur, 3 bilik tidur dan 2 bilik air
  • Jenis perumahan teres (Kawasan pinggir bandar)
  • Terdapat pelbagai kemudahan asas seperti dewan komuniti, tadika, surau, kemudahan OKU, ruang niaga (gerai makan), dan rumah sampah

Syarat Permohonan

Untuk memohon rumah sewa kos rendah, anda perlu memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan. Berikut adalah syarat-syarat yang perlu anda patuhi:

  • Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah pemohon adalah tidak melebihi RM3,000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Serta memenuhi segala syarat tambahan yang dikenakan oleh kerajaan negeri

Cara Mohon Rumah PPR

a) Permohonan secara manual

Bagi mereka yang ingin melakukan permohonan secara manual, pemohon perlu menghubungi jabatan pembangunan dan jabatan program PPR setiap negeri.

b) Memohon secara dalam talian

  • Sila layari laman web rasmi TEDUH: https://teduh.kpkt.gov.my/
  • Jika pemohon belum mempunyai akaun SPRN, pemohon perlu mendaftar dahulu.
  • Setelah melakukan pendaftaran, klik “Log In” bagi meneruskan permohonan anda.

Maklumat Tambahan

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau menjawab sebarang persoalan berkaitan dengan program Rumah PPR, sila hubungi pihak yang bertanggungjawab melalui:

Jabatan Perumahan Negeri
Jabatan Perumahan dan Pengurusan Tempatan
Persiaran Perdana 51 Tingkat 30-38
Daerah 4, 62100 Putrajaya

Tel: 603-8891 4410 (Bahagian Perancang Perumahan)
Faks: 603-8891 4045

Ikuti Group Whatsapp Info Bantuan Kerajaan 2024 :