Sebahagian Wang KWSP Kini Boleh Dikeluarkan Oleh Pencarum

Sebahagian wang KWSP kini telah boleh dilakukan oleh ahli pada bila-bila masa selagi mana mereka menepati syarat yang telah ditetapkan. Pencarum boleh mendapat manfaat daripada kemudahan pengeluaran yang ditawarkan pada tahun ini. Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memberi sokongan kepada pencarum dalam menghadapi cabaran kewangan.

PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG KWSP

Anda mungkin tidak tahu bahawa anda boleh mengeluarkan wang KWSP anda untuk keperluan peribadi tertentu jika anda memenuhi syarat. Anda boleh memohon pengeluaran sebahagian atau sepenuhnya wang KWSP anda melalui i-akaun dengan mudah dan cepat.

Untuk memudahkan ahli menguruskan simpanan KWSP mereka, e-pengeluaran KWSP boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana jua berada sepanjang tahun ini. Terdapat beberapa jenis pengeluaran sebahagian KWSP yang dibenarkan dan boleh dipohon secara dalam talian. Berikut adalah beberapa jenis pengeluaran sebahagian KWSP yang boleh anda ketahui.

Sebahagian Wang KWSP

Baca Juga:

PENGELUARAN KWSP SEBAHAGIAN (UMUR 50)

Anda boleh mengeluarkan simpanan akaun 2 KWSP anda sama ada sebahagian atau sepenuhnya sekali sahaja apabila anda berumur 50 tahun. Ini adalah untuk membantu anda bersedia untuk bersara.

Kelayakan :

  • Merupakan seorang Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  • Berumur antara 50 hingga sebelum mencapai 55 tahun
  • Mempunyai simpanan dalam akaun 2 KWSP

MEMBELI RUMAH ATAU MEMBINA RUMAH

Ahli KWSP yang berumur 55 tahun kebawah boleh mengeluarkan wang simpanan mereka untuk tujuan perumahan. Ini adalah satu kemudahan pengeluaran yang bermanfaat kerana rumah merupakan pelaburan jangka panjang yang baik.

Kelayakan :

  • Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  • Umur pemohon belum mencapai 55 tahun
  • Individu pemohon mempunyai baki simpanan sekurang-kurangnya RM500 dalam akaun 2 KWSP
  • Menepati syarat kelayakan yang ditetapkan mengikut pengeluaran (Beli/ Bina Rumah)

PENGELUARAN SEBAHAGIAN (PENDIDIKAN & KESIHATAN)

Tujuan kemudahan pengeluaran ini ialah untuk membantu ahli atau anak mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan menjanjikan masa depan yang lebih baik. Pencarum boleh menggunakan simpanan dari akaun 2 untuk menampung kos pendidikan (diri), pasangan atau anak-anak.

Untuk ahli yang mengalami masalah kesihatan yang serius, KWSP menawarkan kemudahan pengeluaran daripada akaun 2. Ahli boleh menggunakan wang ini untuk menampung perbelanjaan rawatan penyakit kritikal dan alat-alat kesihatan yang diperlukan dan diiktiraf.

SEMAKAN PENUH & PANDUAN PERMOHONAN

Selain daripada itu, terdapat juga pelbagai jenis pengeluaran sebahagian untuk keperluan lain yang dibolehkan pada tahun ini. Anda boleh melihat senarai lengkap dan panduan permohonan melalui internet di laman web rasmi KWSP. – DI SINI