STR Fasa 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran

STR Fasa 3. Untuk membantu rakyat susah, khususnya yang rentan dan mudah terjejas, Kerajaan Perpaduan mengamalkan pendekatan rahmah dalam dasar-dasar dan program-programnya. Payung Rahmah adalah konsep yang digunakan oleh Kerajaan untuk merangkumi semua insitiatif yang bertujuan untuk meringankan beban golongan kurang berkemampuan yang menghadapi kesukaran kos sara hidup.

Sehubungan dengan itu, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah nama baru bagi bantuan tunai yang diberikan oleh Kementerian Kewangan kepada golongan B40. Program ini akan diperkukuhkan dan dipertingkatkan untuk memberi manfaat yang lebih besar kepada penerima-penerima yang layak.

Kategori Penerima STR Fasa 3 2023

Untuk makluman, senarai berikut menunjukkan nama-nama penerima yang layak menerima pembayaran STR:

STR Fasa 3

Baca Juga:

STR Fasa 3: Tarikh & Jumlah Bayaran

Sebagai makluman, kerajaan telah mengeluarkan bayaran STR fasa 2 melalui kredit terus dan penukaran tunai di cawangan BSN baru-baru ini.

Manakala, tarikh bayaran STR Fasa Tiga akan bermula pada JULAI 2023.

Jumlah Pembayaran Sumbangan Tunai Rakyat (STR) 2023

Berikut adalah jumlah pembayaran bagi STR 2023:

STR Fasa 3

Proses Pembayaran

Pembayaran STR akan dimulakan dengan kreditkan pada:

  • Ada Akaun – Pengkreditan ke akaun secara berperingkat
  • Tiada Akauan – Penuanian di cawangan BSN

Semakan Status Pembayaran

Semakan status pembayaran boleh dibuat menerusi laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Cara Kemaskini Status & Tarikh Bayaran STR

Berikut dikongsikan cara-cara mudah untuk membuat kemaskini status STR:

  • Pergi ke laman rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Log masuk MySTR
  • Tekan butang Kemas Kini Permohonan
  • Isi & kemaskini maklumat peribadi anda
  • Tekan Teruskan
  • Sahkan CAPTCHA
  • Sila Tick pada Perakuan Pemohon
  • Tekan Hantar