STR Fasa 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran Yang Akan Dikreditkan

Untuk bulan Julai, tarikh bayaran sumbangan tunai Rahmah adalah seperti berikut. Ini adalah sebahagian daripada Bantuan STR Fasa 3, sebuah inisiatif Kerajaan Perpaduan yang bertujuan untuk meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan dalam menanggung kos sara hidup.

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berkelayakan dengan memberikan sumbangan tunai sehingga RM3100 secara langsung kepada mereka.

Ini bermakna keluarga dalam kumpulan dan kategori yang layak bakal menerima sumbangan sehingga maksimum RM3100. Dengan peruntukan hampir RM8 bilion, STR akan memberi manfaat kepada kira-kira 8.7 juta penerima yang memerlukan bantuan untuk menangani kos sara hidup yang tinggi.

Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 3)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah program bantuan tunai yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk golongan B40 di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa penerima STR Fasa 3 akan menerima bayaran pada bulan Julai mengikut kalendar Kementerian Kewangan. Bayaran ini akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR.

Berikut adalah merupakan jadual Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 mengikut hari bekerja bagi bulan Julai 2023

STR Fasa 3 :

  • Mulai Julai 2023, pembayaran STR akan dibayar secara berperingkat.
  • Penerima yang layak akan menerima bayaran bantuan ini yang dikreditkan terus ke dalam akaun mereka seperti sebelum ini.
  • Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun mereka tidak aktif, mereka boleh menerima pembayaran STR di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

Kadar Bayaran STR Fasa 3

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan Fasa 2 telah disalurkan kepada penerima yang berhak pada Januari dan April 2023. Penerima yang layak boleh menyemak status pembayaran melalui laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau menebus tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN). Tarikh pembayaran bagi STR Fasa 3 akan dimaklumkan kemudian.

Yang layak mengikut kategori akan diberikan jumlah pembayaran STR berikut:

Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM300
  • Bilangan 1 – 2 kanak-kanak: RM400
  • Bilangan 3 – 4 kanak-kanak: RM600
  • Bilangan kanak-kanak 5 orang ke atas: RM800

Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan kanak-kanak 0: Tiada Bayaran
  • Bilangan 1 – 2 anak: RM150
  • Bilangan 3 – 4 orang anak: RM200
  • Bilangan kanak-kanak 5 orang ke atas: RM250

Warga emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa Tiga: RM200

Baca Juga:

Bujang 21 – 59 tahun

  • STR Fasa Tiga: RM150

Bujang berumur 19-59 tahun kurang upaya

  • STR Fasa Tiga: RM150

Maklumat Lanjut

Jika anda memerlukan sebarang maklumat tambahan atau ingin bertanya sesuatu, anda boleh merujuk kepada sumber berikut:

  • Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang)
  • Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM