STR Fasa 4 Mula Dikreditkan Secara Berperingkat Mengikut Bank

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

STR Fasa 4 Mula Dikreditkan – Di bawah konsep Payung Rahmah, sebuah inisiatif telah dilancarkan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. Inisiatif ini dikenali sebagai Bantuan STR Fasa 4.

Isi rumah termiskin yang terdaftar dalam data e-Kasih akan menerima bantuan STR tambahan sebanyak RM600 daripada kerajaan.

Pada tahun 2023, bayaran STR telah diagihkan kepada tiga fasa. Fasa 1 dibayar pada 17 Januari, Fasa 2 dibayar pada 5 April, dan Fasa 3 dibayar pada 26 Jun. Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu rakyat dalam menghadapi cabaran ekonomi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Empat.

PENERIMA BANTUAN STR FASA 4

Penerima Bayaran Fasa 4 ialah mereka yang menerima Fasa 1 dan telah disahkan tidak meninggal dunia atau pasangannya tidak meninggal dunia sehingga 28 Februari, menurut LHDN.

Untuk permohonan baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah yang tidak termasuk dalam Fasa 1 dan Fasa 2, penerima STR yang memenuhi syarat akan menerima bayaran pada Fasa 4.

Baca Juga:

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 4

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, telah mengumumkan bahawa penerima STR Fasa 4 akan menerima bayaran mereka pada NOVEMBER 2023 secara berperingkat. Beliau berkata, bayaran tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun mereka pada pertengahan bulan seperti biasa.

Penerima yang layak akan menerima bayaran bantuan secara kredit masuk akaun bank, seperti biasa. Bagi mereka yang tiada akaun bank atau akaun tidak aktif, mereka boleh tebus tunai STR di kaunter BSN yang terdekat.

STR Fasa 4 Mula

BANTUAN STR FASA 4 : JADUAL & JUMLAH BAYARAN

Untuk Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Empat, jumlah pembayaran yang diperuntukkan adalah seperti berikut:

Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah

STR Fasa 4 Mula

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

STR Fasa 4 Mula

SEMAKAN STATUS & TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 4

STR FASA 4 MULA DIKREDITKAN SECARA BERPERINGKAT

Untuk makluman, terdapat segelintir masyarakat telah mula menerima bayaran STR Fasa 4 secara berperingkat mengikut bank penerima.

STR Fasa 4 Mula

KATEGORI KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN MYSTR

Untuk STR, kriteria kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut: orang yang tinggal seorang diri, warga emas yang tidak mempunyai pasangan hidup dan orang bujang.

Data BKM 2022 menentukan siapa yang layak menerima STR Fasa 1. Jika anda belum menerima bantuan ini dan ingin memohon, anda perlu menunggu sehingga permohonan baru dibuka. Tarikh permohonan baru akan diumumkan kemudian.

MAKLUMAT LANJUT STR FASA 4 MULA DIKREDITKAN

Untuk mengelakkan penggodaman akaun, ID MySTR anda akan terkunci jika anda tidak dapat mengingati kata laluan atau memberikan jawapan yang salah kepada soalan keselamatan (anda hanya diberi 3 peluang). Anda perlu menunggu 24 jam sebelum anda boleh mencuba lagi untuk mengakses ID MySTR anda.

Untuk mendapatkan khidmat sokongan lebih lanjut, anda boleh menghubungi mana-mana cawangan LHDNM yang berdekatan atau menelefon BKK LHDNM di talian 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/