STR Fasa 4 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran Diterima

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

STR Fasa 4 adalah merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk memberi bantuan golongan menghadapi kesukaran dalam menampung kos sara hidup.

Bagi membantu isi rumah termiskin, kerajaan telah mengumumkan bantuan STR tambahan sebanyak RM600 berdasarkan data e-Kasih.

Pada tahun 2023, bayaran STR telah diagihkan mengikut tiga fasa. Fasa 1 dibayar pada 17 Januari, Fasa 2 pada 5 April, dan Fasa 3 pada 26 Jun.

Untuk makluman anda, kami telah menyediakan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Empat. Anda boleh membaca ayat-ayat berikut untuk mengetahui lebih lanjut tentang bayaran sumbangan ini.

PENERIMA STR FASA 4

Penerima Bayaran Fasa 4 ialah penerima Fasa 1 yang masih hidup atau tidak berpasangan pada 28 Februari, berdasarkan data kematian pemohon dan pasangan.

Untuk Penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang layak tetapi tidak menerima bayaran pada Fasa 1 dan Fasa 2, sama ada permohonan baharu atau kemaskini, akan menerima bayaran pada Fasa 4.

Baca Juga:

SEMAKAN STATUS STR

  • Mulai 26 Jun 2023, anda boleh menyemak status pembayaran STR anda.
  • Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Untuk maklumat lebih lanjut, sila semak Log Masuk STR anda dengan menekan butang di bawah.

KATEGORI KELAYAKAN STR

Isi rumah, warga emas yang tidak berpasangan dan bujang adalah kategori yang memenuhi syarat untuk STR setakat ini.

Penerima STR Fasa 1 ditetapkan oleh data BKM 2022. Jika anda belum menerima bantuan ini dan ingin memohon, sila tunggu sehingga permohonan baru dibuka.

STR Fasa 4

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Pada bulan NOVEMBER 2023, penerima-penerima STR Fasa 4 akan menerima pembayaran mereka secara berperingkat.

Penerima yang layak akan menerima bayaran bantuan secara kredit terus ke dalam akaun bank mereka seperti biasa. Bagi mereka yang tiada akaun bank atau akaun mereka tidak aktif, mereka boleh menuntut pembayaran STR secara tunai di kaunter BSN yang berdekatan.

STR Fasa 4

JUMLAH BAYARAN STR FASA 4

Untuk Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Empat, jumlah pembayaran yang perlu dibuat adalah seperti berikut:

STR Fasa 4

MAKLUMAT LANJUT

Anda hanya diberikan tiga percubaan untuk menjawab soalan keselamatan jika anda terlupa kata laluan anda. Jika anda gagal, ID MySTR anda akan disekat selama 24 jam sebelum anda boleh mencuba semula.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/