Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 : Semakan, Tarikh & Jadual Bayaran

Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 (Bantuan SARA)

Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 : Untuk membantu golongan miskin tegar, Belanjawan Madani 2024 mengumumkan bantuan SARA tambahan sebanyak RM1200 bagi isi rumah yang mempunyai lima anak atau tiga anak dan keperluan tambahan yang penting.

Untuk Belanjawan 2024, penerima STR sebanyak 700,000 orang akan menerima RM100 setiap bulan selama setahun. Bayaran ini akan dibuat melalui kaedah yang sama seperti sebelum ini, iaitu menggunakan MyKad.

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Penerima isi rumah yang tergolong dalam kategori miskin tegar akan mendapat RM1200 sebagai kadar tambahan STR. Kadar tambahan ini adalah khas untuk mereka yang telah disahkan layak menerima bantuan ini.

Sumbangan Asas Rahmah

Baca Juga:

Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2

Di bawah data e-Kasib dan JKM, terdapat 2 kategori baharu yang layak mendapat Sumbangan Asas Rahmah fasa 2, iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar. Kategori ini akan menerima RM100 setiap bulan selama setahun bermula Januari di bawah Program SARA. Selain itu, mereka juga boleh mendapat STR sehingga RM2500, bergantung kepada bilangan anak yang ada.

  • Penerima STR Isi Rumah serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM300 setahun; dan
  • Penerima STR Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM150 setahun.
  • Pelaksanaannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat.

Sumbangan Asas Rahmah

Semakan Status Seumbangan Asas Rahmah Fasa 2

Untuk memeriksa kelayakan anda untuk mendapat bantuan asas barang dapur daripada Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 (SARa), anda boleh menggunakan salah satu daripada 5 kaedah berikut;

  1. Semakan melalui Portal MySTR
  2. Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih
  3. Surat Pemakluman
  4. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
  5. Menghubungi MyKasih, HASIL atau MOF

Semakan Melalui Portal MySTR

Anda boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;

  1. Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik Log Masuk MySTR
  3. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  4. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  5. Masukkan Kata Laluan
  6. Klik SEMAKAN PERMOHONAN

Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing dengan jumlah bayaran turut tertera;

Semakan Melalui Portal MyKasih

Semakan secara online juga boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula
  • Program berakhir

Sumbangan Asas Rahmah

Tarikh Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 (SARA) bagi tahun 2024 telah mula disalurkan bermula 01 Februari 2024 (RM100 / sebulan) manakala bayaran seterusnya mulai Mac 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:

Sumbangan Asas Rahmah

Penerima SARA Fasa 2 untuk tahun 2024 akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM100 sebulan bermula 01 Februari 2024. Bayaran ini akan dimasukkan ke akaun MyKad penerima pada tarikh pertama setiap bulan mulai Mac 2024.

Maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my mulai 22 Januari 2024.

Bagi tahun 2024, bantuan SARA ini akan diberikan sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan – dengan jumlah bantuan RM1200.

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.