Tarikh & Jumlah Bayaran Bantuan STR Fasa 2

Bantuan STR Fasa 2. Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Untuk B40, Kementerian Kewangan telah menamakan semula bantuan tunai mereka sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus meningkatkan perkhidmatan ini.

Kategori Penerima STR 2023

Berikut dikongsikan senarai penerima untuk pembayaran STR:

Bantuan STR Fasa 2

Jumlah Pembayaran STR Fasa 1

Untuk fasa 1, jumlah pembayaran yang terlibat adalah seperti berikut.

Untuk Fasa 1 STR, pembayaran telah bermula pada 17 Januari 2023. Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank anda secara berperingkat. Jika anda tiada akaun bank, anda boleh menuntut tunai di cawangan BSN.

Bantuan STR Fasa 2

Tarikh & Jumlah Bayaran Bantuan STR Fasa 2

Untuk pembayaran STR Fasa 2, belum ada kenyataan rasmi dari pihak kerajaan Malaysia. Kemungkinan dijangkakan kategori isi rumah akan menerima bayaran fasa 2 dengan kadar jumlah bayaran yang akan diumumkan.

Sebelum pertengahan tahun ini, kami akan memberitahu anda tarikh pembayaran yang dijangka. Pembayaran BKM tahun lalu mengambil masa tiga bulan antara fasa 1 dan fasa 2. Kami akan sentiasa mengemaskini maklumat terkini mengenai STR untuk rujukan anda.

Baca Juga:

Proses Pembayaran Bantuan STR Fasa 2

Proses pembayaran STR akan mula dikreditkan pada:

  • Ada Akaun – Pengkreditan ke akaun secara berperingkat
  • Tiada Akauan – Penuanian di cawangan BSN

Cara Membuat Permohonan & Kemaskini

Setakat ini pihak LHDNM tidak mengeluarkan sebarang pernyataan berkenaan permohonan yang tidak lulus dan begitu juga dengan pengemaskinian akaun. Namun begitu, kemungkinan permohonan baru atau rayuan serta kemaskini akaun akan dibuka sejurus selepas pembayaran Fasa 1 selesai.

Kami akan memberitahu anda dari masa ke masa dan harap anda bersabar menunggu.

Semakan Status Pembayaran Bantuan STR Fasa 2

Semakan status pembayaran boleh dibuat menerusi laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembayaran STR Fasa 1, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/