Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Setiap Kategori

Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 3. Untuk mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh golongan yang kurang berkemampuan, Kerajaan Perpaduan telah melancarkan sebuah inisiatif bernama Bantuan STR Fasa 3.

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berkelayakan dengan memberikan sumbangan tunai secara langsung. Jumlah sumbangan yang diberikan adalah maksimum RM3100 bagi setiap penerima.

Ini bermakna keluarga dalam kumpulan dan kategori yang layak bakal menerima sumbangan sehingga maksimum RM3100. Dengan peruntukan hampir RM8 bilion, STR akan memberi manfaat kepada kira-kira 8.7 juta penerima yang memerlukan bantuan untuk mengurangkan kos sara hidup mereka.

Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah program bantuan kerajaan yang ditawarkan kepada golongan B40 di Malaysia. Program ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2023. Penerima STR akan menerima bayaran tunai mengikut kategori dan bilangan anak yang layak. Bayaran STR Fasa 3 akan dibuat pada bulan Julai 2023 dan akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

Untuk bulan Julai 2023, jadual Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 adalah seperti berikut. Jadual ini mengikut hari bekerja dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

Tarikh & Jumlah Bayaran STR

  • Mulai Julai 2023, penerima STR fasa 3 akan menerima pembayaran mereka secara berperingkat mengikut kriteria tertentu.
  • Penerima yang layak akan menerima bayaran bantuan ini secara terus ke dalam akaun mereka, seperti yang telah dilakukan sebelum ini.
  • Bagi mereka yang tiada akaun bank atau akaun mereka tidak berfungsi, mereka boleh mendapat pembayaran STR di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.

Baca Juga:

Kadar Bayaran STR Fasa 3

Pada bulan Januari dan April 2023 yang lalu, pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah dikreditkan kepada yang layak. Sementara itu, Sumbangan Tunai Rahmah dijangka akan dikreditkan tidak lama lagi kepada yang layak juga.

Berikut pula ialah jumlah pembayaran STR Fasa 3 yang akan diberikan kepada yang layak mengikut kategori:

Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM300
  • Bilangan 1 – 2 kanak-kanak: RM400
  • Bilangan 3 – 4 kanak-kanak: RM600
  • Bilangan kanak-kanak 5 orang ke atas: RM800

Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan kanak-kanak 0: Tiada Bayaran
  • Bilangan 1 – 2 anak: RM150
  • Bilangan 3 – 4 orang anak: RM200
  • Bilangan kanak-kanak 5 orang ke atas: RM250

Warga emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 3: RM200

Bujang 21 – 59 tahun

  • STR Fasa 3: RM150

Bujang berumur 19-59 tahun kurang upaya

  • STR Fasa 3: RM150

Soalan Lazim

Siapakah yang layak menerima STR?

Untuk menerima STR, pemohon perlu mematuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Kategori kelayakan tersebut adalah seperti berikut:

Isi Rumah

a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

Warga Emas Tiada Pasangan

a) Golongan Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

Bujang

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak
mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Maklumat Lanjut Tarikh & Jumlah Bayaran STR

Sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat tambahan atau ingin bertanya soalan, anda boleh merujuk kepada sumber berikut:

Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang)
Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM

Lebih banyak info terkini berkenaan bantuan kerajaan dan kerjaya DI SINI.