Tarikh Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 Mengikut Bank Penerima

Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia kerana pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah pun mula disalurkan kepada seluruh rakyat Malaysia bermula pada 27 Jun 2022.

KERAJAAN UMUM BANTUAN TAMBAHAN BKM FASA 2

Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa mereka akan menyalurkan wang tambahan bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 bermula pada 27 Jun ini. Untuk pengetahuan, bantuan tambahan ini adalah merupakan sebuah bantuan baharu dan tidak termasuk dengan bantuan tambahan berjumlah RM500 dan RM300 seperti yang telah diumumkan pada bulan Januari yang lalu.

Pihak kerajaan akan mengagihkan bayaran BKM Tambahan sebanyak:

  • RM100 – Untuk mereka yang telah berkeluarga (kahwin).
  • RM50 – Untuk golongan bujang.

Semua pembayaran akan dilakukan dan diagihkan kepada mereka yang merupakan penerima BKM sahaja.

Menurut Tengku Zafrul bin Abdul Aziz yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia, sebanyak RM1.74 bilion telah pun diperuntukkan bagi memberikan manfaat kepada hampir 8.6 juta para penerima yang terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah.

TARIKH RASMI PEMBAYARAN BKM FASA 2

Bayaran BKM Fasa 2 akan mula dilakukan bermula pada:

  • 27 Jun 2022 (Isnin)

Untuk makluman, sebanyak RM1.11 bantuan bakal diberikan dan diagihkan kepada semua rakyat Malaysia yang layak.

TARIKH PEMBAYARAN MENGIKUT BANK PENGGUNA

Untuk pengetahuan anda, berikut adalah merupakan jangkaan tarikh serta jadual pembayaran BKM Fasa 2 mengikut bank pengguna:

  • Bank Simpanan Nasional (BSN) – Bayaran akan bermula pada 27 Jun secara berperingkat.
  • Bank Muamalat – Pembayaran akan dilakukan bermula 28 Jun
  • RHB Bank – Pembayaran akan dilakukan bermula 28 Jun
  • Maybank – Pembayaran akan dilakukan bermula 28 Jun
  • Bank Rakyat – Pembayaran akan dilakukan bermula 28 Jun
  • Affin Bank – Pembayaran akan dilakukan bermula 28 Jun
  • Bank Islam – Pembayaran akan dilakukan bermula 28 Jun
  • Am Bank – Pembayaran akan dilakukan bermula 28 Jun

SEMAKAN STATUS BKM FASA 2

Untuk melakukan semakan status bagi permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 boleh dilakukan melalui portal rasmi BKM:

OBJEKTIF PEMBERIAN BANTUAN

Menurut Tengku Zafrul bin Abdul Aziz yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia, tujuan utama pemberian bantuan BKM Fasa 2 ini adalah untuk membantu meringankan beban yang dihadapi oleh majoriti rakyat Malaysia. Pihak kerajaan akan menyalurkan bantuan sebanyak RM1.1 bilion melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Bantuan Tunai Tambahan yang bakal diagihkan kepada rakyat Malaysia bermula pada 27 Jun 2022.

JUMLAH PEMBAYARAN BKM FASA 2 (TIDAK TERMASUK BANTUAN TAMBAHAN)

Berikut adalah merupakan jumlah bayaran bagi BKM Fasa 2 mengikut kategori yang telah ditetapkan:

1. Golongan Isi Rumah & Berumur 59 Tahun Ke Bawah

i) Berpendapatan RM2,500 ke bawah

  • 0  orang anak – RM200
  • 1-2 orang anak – RMRM300
  • 3 orang anak & ke atas – RM400

ii) Berpendapatan RM2,500 – RM5,000

  • 0 orang anak – RM100
  • 1-2 orang anak – RM100
  • 3 orang anak & ke atas – RM300

2. Golongan Isi Rumah & Berumur 60 Tahun Ke Atas

i) Berpendapatan RM2,500 ke bawah

  • 0 orang anak – RM200
  • 1-2 orang anak – RM300
  • 3 orang anak & ke atas – RM400

ii) Berpendapatan Rm2,500 – RM5,000

  • 0 orang anak – RM100
  • 1-2 orang anak – RM100
  • 3 orang anak & ke atas – RM100

3. Isi Rumah & Ibu Bapa Tunggal Yang Mempunyai Anak

i) Berpendapatan RM2,500 ke bawah

  • 1-2 orang anak – RM300
  • 3 orang anak & ke atas – RM400

ii) Berpendapatan RM2,500 – RM5,000

  • 1-2 orang anak – RM100
  • 3 orang anak & ke atas – RM100