Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan RM350 Diumumkan!

Bantuan Kewangan Khas

KUALA LUMPUR : Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023 sebanyak RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah dan RM350 kepada satu juta pesara kerajaan akan dibayar pada 17 Januari 2023.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dalam Facebooknya hari ini, memaklumkan pesara kerajaan yang sedang menerima pencen, penerima pencen terbitan, pesara perkhidmatan awam skim KWSP dan veteran berpencen serta tidak berpencen akan menerima bantuan RM350 pada hari yang sama.

JPA turut memuat naik surat edaran yang ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah, Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Zulkapli Mohamed bertarikh 27 Dis 2022.

Baca Juga:

Menurut surat pekeliling tersebut, Bantuan Khas Kewangan tersebut layak diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang masih berkhidmat pada 17 Jan 2023 meliputi pegawai lantikan tetap, sementara dan Kontrak Perkhidmatan (COS); pegawai yang bercuti bergaji penuh; pegawai yang bercuti separuh gaji dan pegawai yang bercuti tanpa gaji.

Ia juga layak dibayar kepada pegawai lantikan Malaysia Short-Term Employmen Programme (MySTEP).

Yang mana ia perlulah berkhidmat sekurang-kurangnya enam bulan pada 2022 dan masih berkhidmat sebagai MySTEP pada 17 Jan 2023.

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK)

Berkenaan dengan tarikh pembayaran, ia akan dilaksanakan pada 17 Januari 2023 tahun hadapan.

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Melaka turut mengumumkan pemberian BKK sebanyak RM700 kepada para penjawat awam negeri berkenaan.

Pembayaran akan dilaksanakan pada bulan ini, manakala penjawat awam juga akan menerima BKK setengah bulan gaji.

Yang mana pembayarannya akan dibuat dua kali iaitu pada Februari dan April 2023.

SUMBER : Astro Awani