Tarikh Pembayaran Bantuan Khas RM350 Diumumkan!

Bantuan RM350. Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 dan RM350 melalui Kerajaan Persekutuan kepada mereka yang berkelayakan.

Bantuan RM350

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini.

Penerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM700 & RM350

Kerajaan telah mengumumkan pada Ogos tahun lalu bahawa anggota perkhidmatan awam Gred 56 dan ke bawah akan menerima BKK sebanyak RM700.

Pesara dan veteran Kerajaan yang tidak berpencen pula akan mendapat RM350. Jumlah keseluruhan pembayaran ini ialah RM1.3 bilion.

Baca Juga:

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK)

Berkenaan dengan tarikh pembayaran, ia akan dilaksanakan pada 17 Januari 2023 tahun hadapan.

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Melaka turut mengumumkan pemberian BKK sebanyak RM700 kepada para penjawat awam negeri berkenaan.

Pembayaran akan dilaksanakan pada bulan ini, manakala penjawat awam juga akan menerima BKK setengah bulan gaji yang mana pembayarannya akan dibuat dua kali iaitu pada Februari dan April 2023.

Semoga Bermanfaat.

Sumber : BHarian