TERKINI : Pengeluaran Khas Wang KWSP Kini Dibenarkan!

Pengeluaran Khas Wang KWSP. Pemuda UMNO mendakwa menerima banyak permintaan daripada orang ramai supaya menyuarakan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Khas (KWSP) secara bersasar.

Anda boleh mengeluarkan simpanan KWSP anda dari akaun 2 untuk pelbagai tujuan yang berkaitan dengan persaraan anda. Antara tujuan-tujuan yang dibenarkan oleh KWSP ialah pendidikan, perumahan, haji, kesihatan dan lain-lain.

Anda perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP untuk setiap jenis pengeluaran. Anda juga boleh memohon untuk pengeluaran penuh jika anda mencapai umur 55 tahun atau 60 tahun, atau jika anda hilang upaya, meninggalkan negara atau meninggal dunia.

Pengeluaran Khas Wang KWSP Akaun 2 Untuk Tujuan Peribadi

Berikut anda boleh semak butiran termasuk jenis pengeluaran, borang permohonan, cara memohon duit pengeluaran wang KWSP akaun 2 untuk peribadi 2023

1) Pembayaran Ibadah Haji

Untuk mengurangkan bebanan anda menunaikan haji, duit daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.

Pengeluaran Khas Wang

2) Pembayaran Rawatan Perubatan

Jika anda menghadapi masalah melibatkan masalah kesihatan dan 36 penyakit kritikal, anda boleh melakukan pengeluaran pada akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan pembelian alat kesihatan.

Baca Juga:

3) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah

Pihak KWSP memberi kemudahan untuk membantu ahlinya memiliki rumah pertama sendiri.

Sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, membeli rumah subsale, rumah lelong, atau beli melalui Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2023.

Pengeluaran Khas Wang

4) Pengeluaran KWSP Untuk Pendidikan

Bagi yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan Universiti.

KWSP memberikan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak anda jika kemudahan Pinjaman PTPTN tidak mencukupi.

Semoga dengan pengeluaran yang dibenarkan ini dapat membantu serba sedikit rakyat Malaysia yang sangat memerlukan.