TERKINI : Tarikh Pembayaran Bantuan Khas RM350 Diumumkan!

Bantuan RM350.

Pihak Kerajaan telah melancarkan pelbagai skim kewangan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Skim-skim ini dilaksanakan oleh Kementerian atau Jabatan yang berbeza di peringkat Persekutuan atau Negeri mengikut bidang kuasa dan sasaran masing-masing.

Bantuan RM350

Bagi membantu mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan yang berjumlah RM700 atau RM350 kepada penerima yang layak.

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini.

Penerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM700 & RM350

Menurut kenyataan Kerajaan pada bulan Ogos lalu, pembayaran BKK RM700 ini akan diberikan kepada semua anggota perkhidmatan awam Gred 56 dan ke bawah.

Manakala, RM350 pula diberikan kepada para pesara dan veteran Kerajaan tidak berpencen. Semua pembayaran ini akan membabitkan implikasi kewangan kepada sebanyak RM1.3 bilion

Baca Juga:

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK)

Berkenaan dengan tarikh pembayaran, ia akan dilaksanakan pada 17 Januari 2023 tahun hadapan.

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Melaka turut mengumumkan pemberian BKK sebanyak RM700 kepada para penjawat awam negeri berkenaan.

Pembayaran akan dilaksanakan pada bulan ini, manakala penjawat awam juga akan menerima BKK setengah bulan gaji yang mana pembayarannya akan dibuat dua kali iaitu pada Februari dan April 2023.

Semoga bermanfaat.

SUMBER : Berita Harian