Viral..!!! ADUN Didapati Bersalah Rogol Pembantu Rumah Sendiri

IPOH – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh yang dikenali sebagai Paul Yong Choo Kiong telah dinyatakan bersalah serta dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun dan dua kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh diatas kesalahan jenayah merogol pembantu rumahnya sendiri pada 3 tahun yang lepas iaitu 2019.

Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman tersebut selepas pihak pembelaan gagal untuk menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Walau bagaimanapun, Mahkamah telah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut kepada tertuduh sementara rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh, Yong diikat jamin RM30,000 berserta seorang penjamin dengan dokumen perjalanan beliau diserahkan kepada pihak mahkamah.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Hakim iaitu Abdul Wahab menyatakan hukuman berat perlu dikenakan kepada tertuduh bagi memberi pengajaran kepada Yong dan masyarakat yang lain. Tambahan lagi Yong merupakan seorang wakil rakyat dan hendaknya berkelakuan baik sebagai seorang pemimpin.

“Sebagai majikan sepatutnya bagi perlindungan kepada warga asing tetapi bertindak semata-mata nafsu serakah,” katanya.

Kejadian tersebut berlaku pada malam 7 Julai 2019, Yong didakwa merogol pembantu rumah warga Indonesia yang berusia 23 tahun di sebuah bilik tingkat atas kediamannya di Meru Desa Park antara pukul 8.15 hingga 9.15 malam.

Sementara itu, Setiausaha Pertama Kedutaan Indonesia ke Malaysia, Junjungan Sigalingging ketika ditemui di luar mahkamah berkata, pihaknya berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Menurutnya, keputusan itu membuktikan sistem perundangan Malaysia mampu memberi keadilan.