Viral..!!! Kanak-Kanak Di Pukul Berkali-Kali Di Bahagian Muka Dengan Batang Penyapu

Petaling Jaya – Kes penderaan tidak asing lagi dalam masyarakat pada masa kini, hal ini kerana terdapat banyak kes penderaan dilaporkan sehingga hari ini. Hari ini telah tular di media sosial mengenai sebuah rakaman penderaan oleh sepasang suami isteri yang merupakan founder sebuah produk terhadap anak angkatnya yang baru berusia 4 tahun. Kanak-kanak tersebut difahamkan anak kepada seorang warga Indonesia dan telah diambil hak penjagaan sebagai anak angkat oleh kedua-dua pasangan tersebut. Video tersebut telah memaparkan visual wanita tersebut melakukan kekerasan terhadap anak angkatnya dengan memukulnya menggunakan batang penyapu dan serta penyangkut baju ketika kanak-kanak tersebut sedang makan.

Hal ini terjadi rentetan keenganan anak kecil tersebut untuk makan lalu menyebabkan timbulnya perasaan marah terhadap wanita tersebut lantas melakukan hal kekerasan tersebut kepada anak angkatnya.

Sebuah Video Dera Tular Di Media Sosial…

Sejurus video terebut tular di media sosial, ianya turut mendapat kecaman hebat oleh para netizen yang simpati terhadap nasib anak kecil itu dan mengutuk perbuatan yang tidak bermoral oleh pasangan suami isteri tersebut. Rata-rata netizen meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pelaku di dalam video tersebut kerana tindakan yang dilakukan adalah jelas penderaan terhadap kanak-kanak di bawah umur.

Menerusi tinjauan di ruangan komen media sosial, didapati kejadian tersebut telah berlaku di Eco Majestic Semenyih. Namun kini difahamkan kedua-dua pasangan tersebut telah ditahan oleh pihak polis di atas tuduhan mencederakan kanak-kanak di bawah umur yang tular di media sosial pada hari ini.

Kes Dera Perlu Di Pandang Serius…

Kes penderaan sering terjadi dalam kalangan masyarakat, seperti contoh kes lalu yang sangat popular adalah kes “Bella” yang sehingga kini masih diadili di mahkamah. Walau bagaimanapun, masyarakat berharap agar kes dera ini tidak dipandang enteng oleh pihak berkuasa dan mangsa dera mendapat keadilan yang selayaknya didapati oleh mereka.