Wang KWSP Akaun 3 Telah Mula Dikeluarkan Hari Ini

Wang KWSP Akaun 3

Wang KWSP Akaun 3 atau ‘Akaun Fleksibel’ dijangka akan dapat dimulakan pada April 2024 dan perincian mengenainya akan diperjelaskan kepada pencarum selepas KWSP mengumumkan agihan dividen pada Februari 2024.

Untuk makluman, pengeluaran wang KWSP dari akaun 3 ini dibenarkan hanya mengikut situasi seperti kecemasan dan tertakluk kepada peratusan yang telah ditetapkan. Satu kajian sedang dilaksanakan bagi menilai kaedah pengurusan akaun ini agar impak kepada pendapatan para pencarum adalah minima.

Pada pembentangan Belanjawan 2024 yyang lalu telah mengumumkan bahawa pihak KWSP akan membuka satu lagi akaun baru yang mana dikenali sebagai Akaun Fleksibel (Akaun 3 KWSP) dan ianya merupakan sebuah inisiatif daripada pihak kerajaan untuk mendengar dan memahami keluhan rakyat serta menyusuli desakan untuk pengeluaran khas.

Wang KWSP Akaun 3

Baca Juga:

Berikut adalah merupakan maklumat secara terperinci tentang cadangan pengeluaran pasca persaraan berkala daripada pihak KWSP yang boleh anda jadikan sebagai rujukan.

Apa Itu Akaun 3 KWSP?

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bercadang untuk memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran simpanan dibuat pada bila-bila masa.

Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, berkata Akaun 3 yang dicadangkan itu akan berfungsi seperti akaun simpanan dan ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa.

Prof Emiritus Dr Barjoyai Bardai dari Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan UniRazak menekankan bahawa dalam mengambil kira perkara berkaitan pengeluaran pencarum, aspek disiplin tidak boleh diabaikan untuk mengelakkan kekerapan pengeluaran yang tidak perlu.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu memastikan mereka mempunyai dana yang mencukupi sekiranya cadangan mewujudkan Akaun ini dengan pengeluaran fleksibel dilaksanakan.

Apakah Tujuan Pelaksanaan Akaun 3 KWSP?

Pertimbangan terhadap pembentukan Akaun 3 oleh KWSP adalah penting dalam mengatasi isu aliran tunai dan krisis persaraan yang dihadapi.

Setakat ini, seramai 9 peratus ahli tidak mempunyai apa-apa simpanan pada umur 55. Angka ini meningkat ke sekitar 25 peratus apabila ahli KWSP mencapai umur 75.

Syarat & Kelebihan

Cadangan untuk melaksanakan pengeluaran mandatori bulanan hanya akan dikenakan kepada ahli baharu yang dilahirkan pada atau selepas tahun 2010.

Cadangan memperkenalkan Akaun 3 itu juga adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.

Disamping itu, Akaun ini juga bertujuan untuk menarik minat mereka yang dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP.

Walaupun tujuan Akaun ini adalah untuk menangani isu aliran tunai dalam kalangan pekerja sektor tidak formal, ahli sedia ada juga boleh, secara sukarela ikut serta sebaik sahaja akaun itu diwujudkan.

“Ia adalah pilihan semata-mata untuk ahli sedia ada,” kata Nurhisham, Ketua Pegawai Strategi KWSP.

Tambah beliau, mereka yang mendaftar akan dapat memindahkan simpanan mereka dari Akaun 1 atau 2 ke Akaun 3.

Nurhisham menyatakan bahawa Akaun 3 akan berfungsi sebagai dana kecemasan, dan oleh itu, ia mungkin menawarkan dividen yang

lebih rendah berbanding dengan dua akaun lain. Dalam usaha untuk menguruskan ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bercadang untuk memperuntukkan

sekitar 3% hingga 5% daripada caruman ke Akaun 3, yang akan dikreditkan secara automatik kepada pencarum.

Untuk ketika ini, caruman 70% dana dimasukkan ke Akaun 1 manakala baki 30% ke Akaun 2 KWSP.

Untuk rekod, rakyat Malaysia seawal berusia 14 tahun boleh membuka akaun KWSP.

Tarikh Pelaksanaan Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Akaun Fleksibel ini bakal dilaksanakan pada April 2024.

Walaubagaimanapun, mekanisme pelaksanaan cadangan ini masih diteliti dan dijangka akan diumumkan pada Februari 2024 ini.

Wang KWSP Akaun 3

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat terkini tentang pengeluaran ini, sila dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di: